Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penambakan Pelabuhan Tuas fasa pertama selesai

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



FASA Pertama kerja penambakan Pelabuhan Tuas telah pun selesai dijalankan seperti yang dijadualkan meskipun terdapat cabaran yang timbul disebabkan pandemik Covid-19.



Dengan selesainya kerja penambakan ini, syarikat pelabuhan Singapura PSA boleh mula mengendalikan dua dermaga pertama tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Kerja penambakan Fasa Pertama projek Pelabuhan Tuas dimulakan pada 2015.



Pelabuhan Tuas ini, yang merupakan pelabuhan generasi masa depan, berkeluasan 414 hektar dengan 70 peratus adalah tanah tebus guna.



Ia juga bakal menyediakan 21 tempat berlabuh yang akan membolehkan pelabuhan itu menguruskan 20 juta unit kontena berukuran biasa (TEU) setiap tahun.



Berucap dalam acara bagi menandakan peristiwa penting itu dan sempena Majlis Ulang Tahun ke-25 Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Encik Iswaran berkata kerja yang dilakukan pada Fasa Pertama hanya dapat berjalan mengikut jadual disebabkan usaha tiga pihak untuk mengurangkan jangkitan dalam kalangan pekerja selain menguatkuasakan langkah pengurusan selamat.



"Para pekerja telah diuji secara berkala dan diberi vaksin dengan pantas. Langkah pengurusan selamat telah dikuatkuasakan dengan berkesan, dan kes positif diasingkan dengan cepat. Usaha ini memastikan pekerja kita selamat dan sihat.



"Selain itu, penggunaan kaedah pembinaan yang inovatif dan mampan juga membolehkan MPA mencapai penjimatan kos lebih $1 bilion untuk Fasa Pertama," kata Encik Iswaran.



Apabila siap sepenuhnya pada 2040, pelabuhan itu akan menjadi terminal automasi penuh terbesar di dunia, kata PSA dalam satu kenyataan semalam.



Pelabuhan baru itu akan menggunakan teknologi canggih seperti sistem pengurusan operasi didorong data, automasi dermaga dan limbungan, serta kenderaan elektrik automasi yang dikawal.



Kemudahan itu juga akan menggunakan wadah kejuruteraan bijak dan pengurusan kuasa untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kemampanan sekitaran, tambah PSA.



Dengan saiz seluas dua bandar Ang Mo Kio, Pelabuhan Tuas akan menggabungkan kesemua operasi PSA di Tanjong Pagar, Keppel, Brani dan Pasir Panjang.



Apabila siap kelak pelabuhan itu boleh digunakan kapal kontena besar.



Encik Iswaran akur pandemik ini dan gangguan rantaian bekalan global telah meningkatkan lagi daya tahan Maritim Singapura.



"Dengan kerjasama rakan kongsi tiga pihak kami, kami akan memastikan pelabuhan kami terbuka dan rantaian bekalan kekal mengalir, sambil memastikan pekerja kami dan Singapura kekal selamat," tambahnya.



Di sebalik gangguan ini, Encik Iswaran juga berkata bahawa syarikat perkapalan kini lebih bergantung pada Singapura kerana negara ini berfungsi sebagai "pelabuhan untuk mengejar waktu yang hilang".



Justeru, apabila kekerapan gangguan rantaian bekalan meningkat, Encik Iswaran menambah pemerintah akan terus melabur dalam bidang automasi dan pendigitalan demi memastikan negara ini dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan pelabuhan.



Beliau berkata:



"Pemikiran ini dapat disaksikan sepanjang pembinaan Fasa Pertama, melalui penggunaan automasi dan robotik canggih.



"Sedang Maritim Singapura menghadapi cabaran baru, seperti pendigitalan dan penyahkarbonan, saya yakin kami akan kekal berdaya tahan, boleh dipercayai dan bersedia untuk masa depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >