Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangguhan 5 projek BTO dijangka rangsang permintaan flat jualan semula: Pengamat

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



PENANGGUHAN lima projek Bina Ikut Tempahan (BTO) ekoran penutupan syarikat binaan bermasalah, Greatearth, dijangka merangsang permintaan untuk flat jualan semula, sekali gus mendorong harga flat tersebut terus meningkat.



Ini sedang ada pembeli rumah pertama kali yang mungkin tidak dapat menunggu lebih lama atau berdepan risiko lebih banyak ketidaktentuan, menurut pengamat industri.



Sekarang sahaja, harga flat jualan semula mencatatkan kenaikan buat 14 bulan berturut-turut bulan lalu, menurut perangkaan awal portal hartanah SRX minggu ini.



Lima projek BTO tertangguh adalah Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands serta West Coast Parkview di Clementi.



Pengarah Cawangan Bersekutu PropNex, Encik Muhammad Milhan Shah Muhammad Jasman Shah (Ejen Han Kan Ada), berkata penangguhan itu memberi kesan besar.



"Projek di bawah Greatearth meliputi hampir 2,900 pembeli rumah BTO. Maka ia akan menjejas mereka ini dan ada yang mungkin menimbangkan untuk membeli flat jualan semula kerana khuatir tentang masa menunggu dan risiko pembinaan BTO akan tertangguh lagi."



Pengarah Bersekutu Daerah PropNex Realty, Encik Sazali Sarwan, berpendapat ramai pembeli di lima BTO itu terjejas secara langsung atau tidak.



Misalnya, golongan ibu bapa yang sudah merancangkan persekolahan anak mereka di rumah baru dan mereka yang tinggal dengan ibu bapa dan perlu berpindah.



"Bagi golongan ini, alternatif terbaik ialah flat jualan semula. Tetapi ini bukan satu keputusan yang mudah dibuat kerana harga pasaran sekarang yang juga meningkat.



"Nilai atas taksiran (COV) yang tinggi menjadi keprihatinan ramai pembeli dan bekalan unit yang ada juga terbatas dalam pasaran jualan semula yang bergerak pantas."



Berkongsi sentimen serupa, Pengarah Pemasaran ERA Realty, Encik Hazrin Mohamad, berkata:



"Lebih ramai pembeli rumah pertama kali mungkin memilih membeli flat jualan semula kerana mereka bimbang penangguhan flat BTO akan membebankan mereka dengan lebih banyak aliran tunai.



"Misalnya, mereka terpaksa mencari rumah sewa dan sebagainya."



Ada juga ejen hartanah yang menjangka segelintir pembeli akan beralih ke rumah privet, seperti dijelaskan Pengarah Divisyen Kumpulan Divisyen Focus ERA Realty, Encik Muhd Syafiq Mohd Esa.



"Kami perhatikan ada pembeli yang terjejas dengan penangguhan BTO telah memilih rumah privet jualan semula atau baru sebagai alternatif.



"Bagi mereka tiada bezanya dari segi waktu menunggu, jika memilih rumah privet baru kerana BTO juga harus tunggu tiga hingga empat tahun," ujar beliau yang menerima lebih ramai klien keluarga muda membeli kediaman jualan semula.



Sejajar dengan ramalan permintaan lebih rancak, harga flat jualan semula akan terus meningkat.



Harga flat jualan semula kini hanya 0.1 peratus daripada harga puncak pada April 2013, menandakan harga pada bulan ini bakal mencapai rekod tertinggi, menurut SRX.



Encik Hazrin berkata flat jualan semula pada dasarnya bersandarkan pada bekalan dan permintaan.



"Harga flat jualan semula terus meningkat selagi permintaan tinggi. Kenaikan ini akan bertahan sehingga permintaan itu merosot, sesuatu yang tidak mungkin berlaku pada masa ini ekoran ketidaktentuan dalam pasaran BTO.



"Harga flat jualan semula pula tidak akan susut pada masa terdekat selagi pembeli tetap bersedia membeli pada harga tinggi, atau apa dipanggil, harga pasaran sekarang."



Bersetuju, Encik Muhammad Milhan berkata hanya jika pemerintah dapat menghuraikan isu bekalan dalam pasaran BTO mahupun privet, maka "pasaran akan mula stabil seperti yang dilihat pada tempoh 2014 hingga 2018".



Bagi Encik Sazali, kenaikan harga akan lebih banyak disaksikan di kawasan projek BTO yang terjejas.



Contohnya, pembeli terjejas oleh penangguhan Marsiling Grove, akan lebih memilih Woodlands atau Marsiling dan permintaan itu akan mendorong harga di kawasan itu.



Encik Syafiq pula berkata harga akan terus terkawal.



"Ini semua bergantung kepada taksiran yang diuruskan oleh penaksir dipilih HDB. Saya fikir kalau ada kenaikan harga, ia hanya sementara kerana proses taksiran akan dapat mengawal kenaikan harga."



Justeru, ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, menjangka pemerintah akan berhati-hati dalam memperkenalkan langkah meredakan pasaran sebab sebarang langkah menyekat permintaan lazimnya "menyakitkan dan tidak popular".



"Langkah meredakan pasaran seperti cukai setem lebih tinggi juga akan menjejas lebih teruk keluarga bergaji rendah," ujarnya.



Pada masa sama, pengamat industri berkata masalah kewangan dihadapi firma Greatearth, menggariskan sejauh mana impak pandemik ke atas sektor binaan - yang kerja di tapak terganggu kerana langkah jarak selamat dan kawalan sempadan lebih ketat membataskan aliran pekerja asing dan menyebabkan kekurangan tenaga kerja.



"Sukar untuk ramal jika lebih banyak kontraktor akan tutup sebab mereka tidak tersenarai dan status kewangan tidak diketahui.



"Tetapi saya percaya pandemik memberi cabaran kepada mereka. Jadi tanpa bantuan pemerintah, ada mereka boleh tutup kedai pada masa terdekat," jelas Encik Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >