Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangkapan 27 pekerja Bangladesh: Dhaka siasat bagaimana warga jadi radikal

Jan 22, 2016 | 09:23 AM



NEW DELHI: Kumpulan 26 warga Bangladesh yang dihantar pulang oleh Singapura kerana merancang serangan pengganas di negara mereka adalah bilangan besar pertama rakyat Bangladesh yang menjadi radikal semasa bekerja di luar negara, kata polis dan pakar keselamatan.


Polis Dhaka berkata lelaki itu - 14 daripada mereka ditangkap dan ditahan di penjara setelah dihantar pulang - pergi ke Singapura untuk bekerja sebagai pekerja binaan bagi mencari wang untuk dihantar pulang.


Polis sedang menyiasat bagaimana mereka menjadi radikal.


"Ini kes pertama. Mereka tidak mempunyai sembarang latar belakang (pengganas)," kata jurucakap Polis Metropolitan Dhaka Maruf Hossain Sardar kepada akhbar The Straits Times.


Kumpulan itu didapati mempunyai "satu jumlah banyak" bahan radikal, termasuk buku dan video kanak-kanak menjalani latihan separa tentera dengan bendera kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di latar belakang.


Seorang lagi lelaki sedang menjalani hukuman penjara kerana cuba meninggalkan Singapura secara haram. Dia juga akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.


Menurut seorang pegawai polis Dhaka, Encik Mashrukur Rahman Khaled, 14 lelaki yang ditangkap itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Ansarullah Bangla Team, tetapi tidak dengan ISIS atau Al-Qaeda.


Sesetengah penganalisis melihat radikalisasi pekerja Bangladesh di luar negara sebagai "fenomena baru".


"Kes Singapura sangat membimbangkan kerana ini satu fenomena baru. Ini orang kelas pekerja," kata Dr Shantanu Majumdar, Profesor Madya di Universiti Dhaka.


Dengan berjuta-juta rakyat Bangladesh bekerja di luar negara, penganalisis berkata sukar bagi Bangladesh atau mana-mana negara lain mengesan rakyat mereka di luar negara.


Merujuk kepada penyiaran gambar lelaki warga Bangladesh itu oleh pihak berkuasa Singapura, penganalisis keselamatan Md Abdur Rashid berkata: "Saya rasa ini mewujudkan tekanan sosial ke atas orang lain jika mereka terfikir untuk melibatkan diri dalam kegiatan serupa.


"Jika setiap pemerintah mengambil langkah kuat itu, kita boleh berjaya menentang pengganasan."


Mengenai 12 lelaki yang dibebaskan selepas mereka kembali ke Bangladesh, pengarah eksekutif Institut Pengajian Konflik, Undang-Undang dan Pembangunan di Dhaka berkata:


"Walaupun ada kemungkinan mereka terlepas pengawasan, ada juga kemungkinan kepulangan mereka kepada keluarga mereka akan membantu mereka menjalani kehidupan normal. Ini kerana di Bangladesh, kebanyakan keluarga tidak radikal dan ada rintangan terhadap keganasan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >