Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangkapan 27 warga Bangladesh: 14 ditahan lepas dihantar pulang

Jan 21, 2016 | 08:33 AM



NEW DELHI: Bangladesh telah menangkap 14 daripada 26 warganya yang dihantar pulang dari Singapura atas tuduhan pengganasan dan membebaskan baki 12 orang, yang sedang dipantau polis.


Pihak berkuasa Singapura menahan 26 lelaki itu, sebahagian besar pekerja binaan, selepas mendapati mereka sedang merancang serangan pengganasan di negara mereka sendiri.


Seorang lagi sedang menjalani hukuman penjara kerana cuba meninggalkan Singapura secara haram. Dia juga akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.


Seramai 14 lelaki itu didakwa bulan lepas di bawah Akta Pencegahan Pengganasan selepas mereka pulang ke Bangladesh, pegawai polis Dhaka berkata.


Di bawah akta itu, hukuman maksimum ialah hukuman mati.


Pada 27 Disember lalu, mereka muncul di mahkamah Dhaka, yang mengarahkan mereka ditahan di penjara sementara siasatan dijalankan.


"14 orang itu kini dalam penjara... siasatan sedang berjalan. Selebihnya telah diserahkan kepada saudara-mara mereka di bawah beberapa keadaan. Mereka sedang dipantau," kata jurucakap Polis Metropolitan DhakaMaruf Hossain Sardar kepada akhbar The Straits Times.


"Mereka tidak mempunyai apa-apa rekod sebelumnya."


Siasatan polis menunjukkan meraka dari bahagian berlainan di Bangladesh dan mengenali satu sama lain semasa bekerja di Singapura.


Mereka sebahagian daripada sebuah kumpulan belajar agama tertutup yang bertemu tanpa menarik perhatian setiap minggu sejak 2013, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura.


Encik Mashrukur Rahman Khaled, seorang timbalan pesuruhjaya polis Dhaka, berkata orang-orang itu dipengaruhi oleh Ansarullah Bangla Team (ABT), yang juga dikenali sebagai Ansar Bangla, sebuah pertubuhan pelampau di Bangladesh.


ABT telah dituduh sebagai dalang satu siri pembunuhan gerikan penulis blog ateis.


"Bagaimama komited mereka dan bagaimana mereka dapat memiliki apa sahaja bukti yang ditemui oleh Singapura. Ini satu perkara untuk penyiasat jawab," kata Encik Tariq Karim, seorang mantan diplomat Bangladesh yang juga zamil unggul cemerlang bersama Yayasan Antarabangsa Vivekananda yang berpangkalan di Delhi, India.


"Sudah tentu ini haruas membimbangkan sembarang negara dan sembarang pemerintah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >