Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGKAPAN ISA

Tahanan papar individu masih mudah dipengaruhi ideologi ekstrem

Nov 10, 2017 | 05:30 AM



PENANGKAPAN terbaru tiga warga Singapura berkaitan pengganasan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan terdapat golongan yang mudah terpengaruh dan terpedaya dengan ideologi radikal, lebih-lebih lagi menerusi media sosial.



Justeru, usaha pengawasan berterusan perlu dipertingkatkan supaya rakyat lebih berwaspada dan sedar akan bahaya ideologi dan kegiatan radikal dan pengganasan.



Demikian reaksi beberapa ustaz, pemimpin pertubuhan dan pengamat ketika dihubungi mengenai penangkapan terbaru ISA melibatkan dua warga yang masih muda - berusia 19 dan 25 tahun - manakala seorang lagi merupakan suri rumah asal India.



Dalam penangkapan tersebut Munavar Baig Amina Begam, 38 tahun, dan Abu Thalha Samad, 25 tahun, dikenakan Arahan Penahanan (OD) sementara Adzrul Azizi Bajuri, 19 tahun, pula dikenakan Arahan Sekatan (RO) kerana menjadi radikal.



Penankapan mereka menunjukkan bahawa pengaruh kumpulan pengganasan masih besar dan meluas, kata Naib Presiden Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim, Cik Shareefa Beevi Mohd Kassim.



Menurutnya, beliau terkejut dengan perkembangan itu, terutama melihat seorang suri rumah India ditangkap buat pertama kali. Ini di samping dua lagi yang masih muda, termasuk seorang bekas anggota Perkhidmatan Negara (NS).



"Ini menunjukkan bahawa pengaruh kumpulan pengganas masih tersebar dan meluas. Saya ingat hanya belia sahaja yang terdedah. Perkembangan ini menunjukkan siapa juga boleh terpengaruh.



"Media sosial mempunyai pengaruh besar. Kita harus lebih berwaspada dan meningkatkan pengawasan dan meneliti profil demografik semula," kata beliau.



Mengenai kes suri rumah yang ditangkap, Munavar Baig Amina Begam, yang berasal dari India, Cik Shareefa Beevi berkata bahawa suri rumah Muslimah di India biasanya terkurung dan terlindung di rumah.



"Beliau datang dari India, mungkin tiada kawan dan kesepian.



"Apabila orang seperti beliau datang ke sini, pihak kami mahu membantu menjadikan mereka sebahagian daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama Singapura dan mempunyai tanggungjawab sosial," kata beliau sambil menambah bahawa para tenaga pengajar dan sukarelawannya mengikuti program di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) bagi mendapatkan panduan dan membantu membina masyarakat inklusif.



Cik Shareefa Beevi berkata persatuannya, yang antara lain mengendalikan kelas madrasah dan program pembangunan keluarga di Masjid An-Nahdhah dan Masjid Darul Makmur, akan melihat apa yang boleh dilakukan dan bagaimana ia dapat membantu mencegah keadaan seperti ini daripada berulang.



Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, pula berkata penangkapan individu, Adzrul Azizi Bajuri dan Munavar Baig Amina Begam, menunjukkan bahawa kekuatan dan kejayaan ISIS terletak pada ideologi mereka yang disebarkan menerusi propaganda dalam talian dan bukan pada kawasan yang ditakluki atau kekuatan pertahanan mereka.



Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) itu turut menambah bahawa ramai anak muda hari ini sedang mencari "pembaharuan kerohanian" dan pemahaman agama, namun jika dilakukan tanpa bimbingan, ia boleh membawa padah.



"Tanpa bimbingan dan juga pemantauan daripada anggota keluarga, mereka tertarik dengan diayah ISIS yang begitu kuat dan dibawa untuk percaya bahawa ajaran agama yang disebarkan ISIS itu adalah Islam yang sebenarnya," kata beliau.



Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata penangkapan di bawah ISA terkini itu menunjukkan tahanan merangkumi pelbagai profil - belia, wanita, asal usul dan juga ideologi (ISIS atau Jemaah Islamiyah).



Beliau berkata orang ramai harus sentiasa berwaspada pada setiap golongan yang cuba meragui sistem politik dan sosial di Singapura.



Menurut Dr Norshahril lagi, akar keganasan juga pelbagai - ada yang ekstrem bercampur ganas dan ada yang ekstrem tetapi tidak ganas.



"Kita harus berwaspada terhadap kedua-duanya. Misalnya, kita juga harus waspada terhadap golongan yang cuba melemahkan sistem demokrasi ke arah negara Islam atau sistem yang alternatif. Idea seperti ini juga boleh diertikan oleh beberapa golongan tegar demi kepentingannya," kata beliau.



Sama ada kes bekas anggota NS sepenuh masa, Adzrul, yang seharusnya melindungi negara, tetapi dipengaruhi ideologi radikal sesuatu yang membimbangkan, Dr Norshahril berkata terlalu awal membuat kesimpulan.



Beliau berkata anggota masyarakat Melayu yang berkhidmat dalam NS telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.



"Dalam isu keselamatan kita tidak boleh memprofil pada agama atau kaum.



"Setiap individu, tidak kira bangsa atau agama, harus diperhatikan dengan cermat kerana ini berkaitan dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat," katanya.




SIAPA JUGA BOLEH TERPENGARUH



"Ini menunjukkan bahawa pengaruh kumpulan pengganas masih tersebar dan meluas. Saya ingat hanya belia sahaja yang terdedah. Perkembangan ini menunjukkan siapa juga boleh terpengaruh."
- Cik Shareefa Beevi Mohd Kassim, Naib Presiden Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim.



"Tanpa bimbingan dan juga pemantauan daripada anggota keluarga, mereka tertarik dengan diayah ISIS yang begitu kuat dan dibawa untuk percaya bahawa ajaran agama yang disebarkan ISIS itu adalah Islam yang sebenarnya."
- Ustaz Dr Mohamed Ali, Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >