Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penantian temu keluarga di Taiping berakhir, rancang pulang tahun depan

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



PENANTIAN selama dua tahun untuk bertemu dengan keluarga tercinta di seberang Tambak bakal berakhir bagi pasangan suami isteri Encik Aliff Sufian Osman Munawar dan Cik Shadni Wardiah Shaharir.



Selama dua tahun, Cik Shadni, seorang warga Malaysia berusia 37 tahun, tidak dapat kembali ke kampung halamannya di Taiping, Perak untuk bertemu dengan ibu bapa beliau disebabkan pandemik Covid-19.



Namun, setelah pengumuman pemerintah bahawa skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan Malaysia akan dilancarkan pada 29 November ini, pasangan itu rasa amat lega dan gembira.



Mereka merancang kembali ke Taiping mungkin pada awal tahun depan atau semasa cuti Hari Raya nanti.



Encik Aliff, yang merupakan seorang penjawat awam di sini, berkata mereka kali terakhir bertemu dengan ibu bapa isterinya pada Januari 2020.



"Sebagai suami, saya hanya mampu menenangkan hati dan memberi kata-kata perangsang kepada isteri saya. Ibu bapa saya sendiri juga melakukan yang sama. Itu saja yang kami mampu lakukan.



"Isteri saya biasanya menghubungi ibu bapa beliau melalui panggilan video setiap dua atau tiga hari. Tetapi tentu sekali, memang tidak sama rasanya seperti bertemu secara fizikal," kata beliau, sambil menambah beliau dan isteri juga bimbang kerana ibu bapa mereka sudah lanjut usia.



Skim VTL dengan Malaysia itu akan membolehkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya berulang-alik melalui udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa kuarantin mulai 29 November ini.



Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 berkata enam penerbangan VTL antara Malaysia dengan Singapura akan disediakan sebagai permulaan.



Meskipun Encik Aliff dan Cik Shadni sama-sama gembira dengan pengumuman VTL itu, Encik Aliff berkata beliau dan isteri sebenarnya berharap VTL dengan Malaysia itu dapat dilanjutkan kepada lapangan terbang lain di Malaysia selain Kuala Lumpur saja pada masa depan.



Ini kerana, menurutnya, lebih dekat bagi beliau dan isteri memandu ke Perak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berbanding KLIA.



Masa yang diambil untuk memandu ke Perak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ialah sekitar sejam berbanding tiga jam dari KLIA.



Namun begitu, mereka mungkin merancang untuk pulang ke Perak dan bertemu dengan ibu bapa Cik Shadni pada tahun depan.



"Saya dan isteri amat rindu dengan ibu bapa kami. Lagipun, mereka sudah lama tak jumpa anak kami yang kini berusia dua tahun.



"InsyaAllah, mungkin pada Januari atau Februari tahun depan atau kemungkinan besar pada Hari Raya tahun depan apabila keadaan sudah lebih bertambah baik," kata beliau.




" Saya dan isteri amat rindu dengan ibu bapa kami. Lagipun, mereka sudah lama tak jumpa anak kami yang kini berusia dua tahun.

InsyaAllah, mungkin pada Januari atau Februari tahun depan atau kemungkinan besar pada Hari Raya tahun depan apabila keadaan sudah lebih bertambah baik."

- Encik Aliff Sufian Osman Munawar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >