Menjelang Hari Kebangsaan
Penari Melayu, ragam tari bangsa lain
Jul 30, 2019 | 05:30 AM
WALAUPUN sudah menyertai persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sejak 2013, ini kali pertama Cik Siti Asrita Mior Satria, 29 tahun, menyertai kumpulan tarian Cina.
Selama enam tahun berturut-turut, beliau menyertai kumpulan tarian Melayu bagi persembahan Persatuan Rakyat (PA). Tahun ini, beliau meraih peluang menyertai kumpulan tarian Cina.