Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penarikan balik coklat keluaran Ferrero: SG tidak terjejas

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



Kumpulan coklat Italy, Ferrero, mengesahkan bahawa Singapura tidak terjejas dalam penarikan balik secara sukarela coklat telur Kinder Surprise.



Coklat telur itu mengandungi mainan kecil dan ia merupakan snek popular yang dipasarkan kepada kanak-kanak.



Menurut seorang jurucakap Ferrero, penarikan balik itu melibatkan beberapa produk Kinder terpilih yang dikeluarkan di Belgium, lapor akhbar The Straits Times.



Syarikat itu terpaksa menarik balik beberapa kelompok Kinder Surprise di Britain kerana bimbang pencemaran salmonella.



Gejala salmonella biasanya ciritbirit, sakit perut, loya dan demam.



"Di negara lain, Ferrero bekerjasama dengan pihak berkuasa makanan atas kemungkinan kaitan dengan jangkitan laporan kes salmonella.



"Walaupun produk Kinder kami yang dikeluarkan ke dalam pasaran tidak mempunyai kes positif salmonella, dan kami juga tidak menerima sebarang aduan, kami tetap pandang serius isu ini kerana penjagaan pelanggan adalah keutamaan kami," ujar jurucakap itu.



Agensi Piawaian Makanan Britain berkata penarikan balik itu disebabkan "kaitan yang berpotensi dengan wabak salmonella", kemudian menambah bahawa "sebilangan kes adalah kanak-kanak kecil".



Produk yang terjejas ialah coklat telur 20 gram atau pek yang mengandungi tiga telur, kesemuanya dengan tarikh terbaik antara 11 Julai 2022 dengan 7 Oktober 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >