Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penasihat kerjaya Mendaki kini lebih dekat dengan masyarakat

Penasihat kerjaya ditempat di lima Pusat Satelit Mendaki, tiga Ruang Belia di kampus ITE
Jan 04, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki telah menempatkan penasihat kerjayanya di lima Pusat Satelit Mendaki dan tiga Ruang Belia di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sejak 1 Januari lalu agar mereka berada lebih dekat dengan masyarakat, menurut badan bantu diri itu semalam.



Mendaki juga akan terus menawarkan bimbingan kerjaya dengan mengenal pasti program latihan yang sesuai serta peluang pekerjaan.



"Ini bertujuan mengukuhkan usaha Mendaki menyampaikan bantuan kepada masyarakat di fasa terakhir untuk memenuhi keperluan masyarakat Melayu/Islam dengan lebih baik," ujarnya.



Menerusi satu kenyataan, Mendaki berkata ini merupakan sebahagian daripada usaha transformasi Mendaki menyediakan pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan daya kerja masyarakat Melayu/Islam.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata transformasi ini akan mengukuhkan keberkesanan operasi dan khidmat Mendaki di Pusat Satelitnya agar khidmat penasihat kerjaya berada lebih dekat dengan masyarakat.



"Ini akan membantu lulusan ITE, politeknik dan universiti serta pekerja pertengahan kerjaya mencari peluang kerjaya dan latihan di pasaran, lebih-lebih lagi dalam sektor pertumbuhan.



"Bersama rakan kerjanya, Mendaki dapat melengkapi usaha nasional dengan lebih baik untuk menggalak peningkatan kemahiran, meningkatkan kecekapan dan pembelajaran sepanjang hayat.



"Saya yakin ini menuju ke arah yang betul dalam usaha kami memperkasa dan mendorong masyarakat mencapai kejayaan," ujar Encik Zaqy.



Menurut Mendaki, lebih banyak usaha akan turut diperuntuk untuk mendekati keluarga secara proaktif.



Ini bertujuan memahami keperluan mereka, menjaga mereka dan bekerjasama dengan mereka dalam perjalanan daya kerja dan pembelajaran sepanjang hayat ini.



Mendaki juga akan terus mengendali program Kembali Bekerja bagi kaum Hawa serta golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) sebagai sebahagian daripada daya usaha Mendaki untuk mempersiap masyarakat bagi masa akan datang, untuk menggalak lebih ramai orang menyertai industri baru.



Malah, badan bantu diri itu juga akan memanfaatkan pelbagai wadah dan sumber nasional selain memperluas kerjasama dengan agensi latihan lain untuk menyediakan kursus yang lebih pelbagai kepada masyarakat.



Orang ramai yang sedang mencari kerja akan dibimbing dan dirujuk kepada penyedia khidmat latihan seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) serta SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) apabila mereka pergi ke Pusat Satelit Mendaki untuk mendapatkan bantuan bagi program peningkatan kemahiran.



Sejajar dengan itu, Mendaki Sense tidak akan mengendalikan sebarang kursus latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dan bukan berkaitan WSQ lagi.



Oleh itu, tenaga manusia dan sumber Sense telah dikerahkan semula ke Mendaki sejak 1 Januari lalu.



Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata langkah strategik itu merupakan sebahagian daripada transformasi Mendaki untuk memperkemas operasinya agar dapat kekal tangkas dan fleksibel berbakti kepada masyarakat dalam bidang pekerjaan dan daya kerja.



"Semua program sosial tidak akan terjejas dengan pemindahan fungsi Sense kepada Mendaki kerana kami akan terus menyampaikannya menerusi daya usaha Mendaki mempersiap masyarakat bagi masa akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >