Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penasihat kewangan sokong rancangan penyusunan semula SPH

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



BERIKUTAN satu analisis kewangan, penasihat kewangan bebas dilantik Singapore Press Holdings (SPH) telah menasihatkan pengarah syarikat itu agar menyarankan pemegang saham supaya menerima saranan menyusun semula perniagaan medianya.



Penasihat kewangan bebas, Evercore Asia (Singapura), berkata dalam satu surat kepada lembaga pengarah bahawa penyusunan semula akan mengelak SPH daripada menanggung kemungkinan kerugian berulang dan signifikan pada masa depan.



Ia menambah langkah itu akan membenarkan SPH menetapkan hala tuju strategik yang jelas dengan tumpuan kepada sektor hartanah dan segmen berkaitan penginapan pelajar serta jagaan warga emas, di samping melenyapkan risiko dan ketidaktentuan dalam perniagaan media.



Selain itu, dengan penarikan Akta Akhbar dan Media Cetakan (NPPA) selepas media perniagaan diasingkan, akan ada peluang untuk pemegang saham atau pelabur memiliki lebih lima peratus saham dalam syarikat itu, yang akan meluaskan pilihan strategiknya.



SPH, yang menerbitkan The Straits Times dan Berita Harian, mengumumkan pada Mei lalu bahawa ia akan mengalihkan perniagaan media ke sebuah syarikat berhad yang dijamin atau CLG.



Langkah itu diambil berikutan perubahan berstruktur dalam industri media dan pengiklanan di tengah-tengah era digital yang mengganggu teruk model perniagaan tradisional, yang bergantung kepada pendapatan pengiklanan cetakan.



"Sementara syarikat telah berjaya meningkatkan pengedaran digital, usaha menjana pendapatan semakin mencabar sedang persaingan untuk pendapatan digital telah meningkat dan perniagaan media syarikat untuk bersaing dengan lebih banyak pemain," kata Evercore, sambil menambah langganan digital dan pengiklanan digital tidak dapat membantu dalam kemerosotan dalam cetakan.



Pendapatan operasi segmen media SPH, menguncup 50.7 peratus di antara tahun kewangan 2015 dengan 2020, disebabkan oleh kejatuhan dalam pengiklanan cetak dan pendapatan langganan cetakan.



Dalam tempoh yang sama itu, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) bagi segmen media menjunam 91.8 peratus atau kadar berkompaun tahunan, 39.4 peratus - kepada $24.5 juta daripada $299.1 juta, yang termasuk $28.1 juta daripada geran Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).



SPH akan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) pada 10 September, 2.30 petang untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi penyusunan semula yang disarankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >