Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penasihat WHO: Negara Asia seperti Singapura jalankan usaha baik perangi koronavirus

May 30, 2020 | 01:15 PM




NEGARA Asia seperti Korea Selatan, Vietnam dan Singapura telah menjlankan usaha yang baik dalam memerangi Covid-19, kata seorang penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).




Beliau memuji usaha negara itu meningkatkan keupayaan hospital, menjejak kontak serta mengasingkan pesakit.




“Anda telah membuat persediaan rapi selepas wabak Mers (Sindrom Pernafasan Timur Tengah) atau Sars (Sindrom Sesak Nafas Mendadak) yang pernah berlaku sebelum ini,” kata Profesor David Heymann, yang mempengerusikan Kumpulan Penasihat Strategik dan Teknikal bagi Bahaya Berjangkit, yang merangkumi pakar antarabangsa dan menasihati WHO.



“Anda telah membangunkan keupayaan yang diperlukan di hospital anda untuk mengatasi jumlah jangkitan yang melonjak. 



“Anda juga dapat menjejak kontak dan mengasingkan pesakit, satu usaha yang gagal dilakukan banyak negara di seluruh dunia sejak awal.”



Tambahnya, Singapura, Hongkong, Taiwan, Korea Selatan dan Vietnam telah menunjukkan contoh yang baik membendung penularan wabak ini dengan menggunakan langkah pemutus rantaian jangkitan yang unik, berbanding menguatkuasakan sekatan pergerakan terhadap seluruh negara sekali gus.



Beliau berkata demikian sewaktu perbincangan panel yang telah dianjurkan akhbar The Straits Times semalam (29 Mei).



Langkah pemutus rantaian jangkitan di Singapura akan dilonggarkan dan ekonomi dibuka semula dalam tiga fasa bermula 2 Jun.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >