Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencabul berulang dijatuhi hukuman penjara sekali lagi

Dec 06, 2018 | 07:14 PM



PENCABUL kehormatan kanak-kanak yang pernah dikenakan hukuman penjara 14 bulan pada 2015 dihadapkan ke mahkamah hari ini (6 Dis) dan mengaku bersalah atas dakwaan yang sama. 



Pembuat piza Muhamamd Dzulkiffle Osman, 26 tahun, dijatuhkan hukuman penjara setahun lapan bulan dan tiga sebat kerana mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dalam lif pada Mei 2018. 



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa dalam kesalahan sebelumnya, dia telah mengekori seorang budak perempuan 12 tahun ke dalam lif sebelum mencabul kehormatannya. 



Dalam insiden terbaru pada 16 Mei, dia terlihat seorang budak perempuan sembilan tahun memasuki kedai runcit di Boon Lay dan menunggunya keluar serta mengekori murid darjah empat tersebut hingga ke bawah bloknya. 



Mahkamah diberitahu bahawa Dzulkiffle, yang mempunyai kecenderungan pedofilia dan dikatakan mempunyai risiko untuk melakukan kesalahan yang sama, merasa keinginan yang kuat untuk menyentuh mangsa. 



Budak perempuan tersebut berada di dalam lif seorang diri apabila Dzulkiffle langsung memasuki lif tersebut. 



Kanak-kanak yang tidak sedar apa yang sedang berlaku menahan pintu supaya Dzulkiffle dapat memasuki lif. 



Selepas pintu lif tutup, Dzulkiffle menghampiri mangsa dan memeluknya dari belakang. 



DPP memberitahu Hakim Daerah Edgar Foo: “Mangsa berasa takut dan cuba loloskan diri dari pelukan tertuduh dan terus bersandar di sudut lif, sementara menjerit memanggil ibunya. 



“Tertuduh cuba lagi untuk menghampiri mangsa, yang terus menjerit.” 



Mahkamah diberitahu bahawa kanak-kanak tersebut terus lari pulang ke rumah sebaik pintu lif dibuka.



Pihak polis diberitahu mengenai kejadian itu sembilan jam kemudian. 



DPP Chee mendesak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya penjara setahun lapan bulan dengan tiga sebat, sambil menekankan bahawa budak perempuan tersebut merupakan mangsa yang mudah terkesan disebabkan usianya yang muda.



DPP menambah: “Dia mengalami trauma yang teruk, apabila berada di sudut lif dan menjerit memanggil ibunya. 



“Tertuduh telah menyasarkan kawasan rumahnya, tempat di mana dia sepatutnya berasa selamat.” 



Bagi kesalahannya mencabul kehormatan kanak-kanak, Dzulkiffle boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan disaman atau disebat. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >