Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan bagi Anugerah Ibu Teladan Jamiyah dibuka

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



PENCALONAN bagi Anugerah Ibu Teladan 2021 Jamiyah untuk menghargai dan mengiktiraf segala pengorbanan golongan ibu telah dilancarkan semalam.



Pencalonan akan dibuka hingga 29 Julai ini dan majlis anugerahnya akan diadakan pada 23 Oktober nanti.



Borang pencalonan boleh didapati di laman Jamiyah di https://www.jamiyah.org.sg/ema2021 dan boleh dihantarkan secara digital di laman itu, melalui e-mel atau melalui kiriman pos.



Pencalonan bagi anugerah itu dilancarkan di akhir forum Wanita dalam Perbincangan anjuran Jamiyah secara dalam talian semalam.



Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dalam ucapannya berkata:



"Saya percaya kita semua boleh bersetuju bahawa adalah penting bagi kita mengiktiraf pengorbanan dan pencapaian kaum ibu, terutamanya dalam waktu mencabar ini."



Sekitar 100 peserta menyertai forum yang diadakan semalam untuk membincangkan isu yang dihadapi golongan ibu, keperluan mengiktiraf dan menghargai ibu, dan menyarankan cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi mereka.



Tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, dalam ucapannya berkata kaum ibu harus diraikan.



"Satu kumpulan wanita yang kita tidak harus lupa untuk meraikan dan menghargai adalah kaum ibu - lebih-lebih dalam waktu mencabar ini di mana wanita kita secara umumnya dan kaum ibu kita khususnya menghadapi tekanan lebih besar, dan apabila keluarga kita lebih bergantung pada mereka," kata beliau.



Pengerusi panel pengadil bagi Anugerah Ibu Teladan, Cik Claire Chiang, berkata kaum ibu perlu mengimbangi pelbagai peranan antara kerja dengan keluarga, dan pandemik Covid-19 telah menambahkan lagi cabaran yang dihadapi wanita dan kaum ibu.



"Wanita Singapura telah membuat kemajuan besar sejak bertahun-tahun lalu dengan sokongan pemerintah dan masyarakat kita. Namun, lebih banyak boleh dilakukan lagi dan ini tujuan perbincangan hari ini," kata beliau.




"Saya percaya kita semua boleh bersetuju bahawa adalah penting bagi kita mengiktiraf pengorbanan dan pencapaian kaum ibu, terutamanya dalam waktu mencabar ini."
– Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >