Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan bagi Anugerah Jauhari 2021 kini dibuka

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



PENCALONAN bagi Anugerah Jauhari 2021 untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing kini dibuka.



Anugerah itu, yang masuk tahun ke-22, mempunyai barisan penerima daripada pelbagai bidang termasuk perbankan, keusahawanan, bantuan kemanusiaan, fesyen, sukan dan budaya.



Antara penerima Anugerah Jauhari sebelum ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari; mantan pengerusi badan bantuan kemanusiaan, Mercy Relief, Encik Zulkifli Baharudin; Imam Masjid Ba'alwie dan pejuang keharmonian antara agama, Habib Syed Hassan Al-Attas; Timbalan Ketua Pendakwa dan Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir; pakar tembikar, Dr Iskandar Jalil; serta Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Di samping Anugerah Jauhari, pencalonan bagi Anugerah Jauhari Harapan juga dibuka.



Individu yang dicalonkan bagi anugerah tersebut perlu berusia 30 tahun atau ke bawah.



Mereka perlu mempamerkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.



Anugerah Jauhari Harapan telah disampaikan sebelum ini antara lain kepada petinju profesional, Muhammad Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendayung negara dan atlet Olimpik, Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima biasiswa presiden, Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal.



Tahun lalu, anugerah tersebut disampaikan kepada pemain bola sepak profesional, Ikhsan Fandi.



Mereka yang ingin membuat pencalonan boleh mengisi borang elektronik di laman web https://bit.ly/3BVLWiq dengan senarai pencapaian dan sebab individu atau pertubuhan tersebut layak menerima anugerah pemberian Berita Harian (BH) itu.



Sertakan juga nama penuh pencalon dan kaitan anda dengan individu atau pertubuhan yang dicalonkan.



Pencalonan ditutup pada 31 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >