Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencapaian pelajar kurang upaya diiktiraf

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



GEMENTAR bercampur ghairah menyelebungi perasaan Muhammad Alif Abdullah ketika dia julung-julung kalinya membuat persembahan tarian di depan khalayak ramai tahun lalu.



Namun, dengan sokongan rakan-rakan, mereka berjaya melakukan persembahan itu dengan baik, kata Alif yang menyertai satu program pertukaran akademik dan kebudayaan di India tahun lalu.



Mengongsi pengalamannya, Alif - seorang pelajar kurang upaya sederhana dari segi intelektual berusia 12 tahun - berkata:



"Pada mulanya, ia agak sukar (mempelajari langkah tarian) tetapi kini saya sudah tahu semua langkah-langkahya.



"Saya rasa agak gementar semasa melakukan persembahan itu di India tetapi saya menarik nafas (untuk menenangkan perasaan). Rakan-rakan juga menyokong satu sama lain," kata beliau.



Selain mempunyai minat dalam seni pentas, pelajar Sekolah Persatuan Golongan Kurang Upaya (APSN) Chaoyang itu juga aktif dalam sukan.



Dia bergiat aktif dalam kegiatan ko-kurikular bolak sepak dan bermain dram di sekolah dan juga gemar bermain badminton.



Alif juga seorang pelajar cemerlang dan merupakan antara 10 peratus pelajar teratas dalam kohort darjah 6 di sekolahnya.



Atas kecemerlangannya dalam bidang akademik dan bukan akademik itu, Alif diberi Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew semasa majlis penyampaian Anugerah Khas di Politeknik Republic semalam.



Seramai 188 pelajar daripada 82 institusi pendidikan menerima anugerah di majlis itu, yang turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann, selaku tetamu terhormat.



Sebanyak 196 Anugerah Khas - dalam 11 anugerah berbeza - disampaikan kepada pelajar tahun ini.



Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew itu mengiktiraf pelajar sekolah pendidikan khas dibiayai pemerintah yang telah mengatasi cabaran untuk menjadi peranan contoh kepada rakan menerusi kemajuan dan sumbangan dalam pelbagai bidang.



Alif mengongsi bahawa beliau cuba mengimbangi masa antara pelajaran dengan kegiatan dengan bantuan guru dan ibu bapanya yang sentiasa memberi dorongan.



Tahun ini, dia dilantik sebagai ketua pengawas yang pertama bagi sekolahnya atas komitmen, dedikasi dan ciri-ciri kepimpinannya.



Selain itu, Alif juga prihatin dengan masyarakat, dengan dia terlibat dalam kegiatan kraf dan interaksi bersama warga emas apabila golongan tersebut dari Pusat Kegiatan Warga Emas AWWA dan Orange Valley @ Pusat Jagaan Warga Emas Yishun datang ke sekolahnya.



Alif menasihati pelajar lain agar sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa jua yang diusahakan.



"Jangan pernah putus asa dan anda harus lakukan yang terbaik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >