Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencapaian pelajar Melayu dalam matematik atasi kadar purata Pisa

Dec 21, 2019 | 08:38 PM



BUAT julung-julung kali, pelajar Melayu setempat telah berjaya mengatasi pelajar sebaya di negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam subjek Matematik.



Demikian menurut dapatan Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2018.



Dalam bidang Bacaan dan Sains pula, tahap pelajar Melayu Singapura setara dengan pelajar negara OECD. 



Mendedahkan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata lapan daripada 10 pelajar Melayu bersetuju atau bersetuju secara kukuh dengan kenyataan ‘keyakinan diri saya membantu saya mengatasi cabaran’, berbanding kadar purata tujuh dalam 10 bagi pelajar OECD.



Ini sekaligus mencerminkan daya tahan dan kesungguhan anak-anak Melayu, kata Encik Masagos. 



Tambahnya, masyarakat Melayu harus yakin dengan tahap keupayaan mereka dan tidak sentiasa merantai diri dengan andaian bahawa mereka adalah kaum minoriti yang lemah.



Sebaliknya, Encik Masagos berkata Melayu Singapura harus berbangga kerana telah membuktikan keupayaan di setiap peringkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >