Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENCAPAIAN PELAJAR MELAYU

Pencapaian pelajar Melayu dalam matematik atasi kadar purata Pisa

Buat julung-julung kali juga, pencapaian sains dan pembacaan setara dengan purata kajian Pisa, cerminkan keupayaan anak-anak Melayu
Dec 22, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu harus yakin dengan tahap keupayaan mereka dan tidak sentiasa merantai diri dengan andaian bahawa mereka adalah kaum minoriti yang lemah.



Sebaliknya, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Melayu Singapura harus berbangga kerana telah membuktikan keupayaan di setiap peringkat.



Memberi contoh di peringkat pelajar, beliau mendedahkan buat julung-julung kali, dapatan Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2018 menunjukkan pencapaian pelajar Melayu mengatasi pelajar-pelajar sebaya di negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam subjek Matematik.



Dalam bidang Bacaan dan Sains pula, tahap pelajar Melayu kita setara dengan pelajar-pelajar negara OECD.



Sementara itu, lapan daripada 10 pelajar Melayu bersetuju atau bersetuju secara kukuh dengan kenyataan, 'Keyakinan diri saya membantu saya mengatasi cabaran', berbanding kadar purata 7 dalam 10 bagi pelajar OECD, sekali gus mencerminkan daya tahan dan kesungguhan anak-anak Melayu, kata Encik Masagos.



OECD adalah kumpulan 36 negara yang bekerjasama dalam isu-isu global penting di peringkat nasional, serantau dan setempat. Antara negara-negara ini termasuk Australia, Canada, Finland, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea Selatan.



Pisa pula adalah kajian sedunia oleh OECD melibatkan negara anggota dan bukan anggota bagi menilai sistem pendidikan dengan menilai kelakonan pelajar berusia 15 tahun dalam matematik, sains dan pembacaan.



"Jika kita melihat pencapaian kita berbanding kaum-kaum minoriti lain di dunia, kita telah menunjukkan kemajuan yang amat baik.



"Ini menjadi asas kukuh bagi kita mencapai yang lebih baik lagi," ujar beliau, dalam wawancara sebagai menggulung tahun 2019 dari sudut masyarakat Melayu/Islam setempat.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, menekankan keupayaan itu adalah salah satu daripada tiga ciri visi Masyarakat Gemilang dengan dua lagi terdiri daripada perwatakan dan kewarganegaraan.



Menurut Encik Masagos, antara manifestasi ciri perwatakan itu adalah semangat gotong-royong yang dipamerkan masyarakat dengan mereka yang lebih berjaya tampil semula untuk menabur bakti kepada masyarakat, membantu memperkasa golongan kurang bernasib baik.



Bagi ciri kewarganegaraan pula, Encik Masagos berkata Melayu Singapura merupakan masyarakat minoriti Islam contoh hasil bimbingan asatizah setempat yang menyerlahkan Islam yang progresif, yang kukuh kepada prinsip Islam namun hidup harmoni di tengah-tengah masyarakat majmuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >