Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pencari bakat bola sepak dijel kerana kejadian radang jalan raya

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pencungkil bakat bola sepak fikir seorang lelaki sedang membuat gerak isyarat kurang sopan kepadanya, lantas menyerang lelaki itu berhampiran sekolah anak perempuannya dalam satu kejadian radang di jalan raya.



Bagi kesalahan itu, Marco Paulo Goncalves Guimaraes, 43 tahun, dipenjara tiga minggu. Warga Portugal itu juga didenda $1,000 kerana tidak memakai pelitup. Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan semalam dan diarah memberi wang ganti rugi kepada mangsa.



Guimaraes adalah ejen pemain berlesen Fifa yang mencungkil bakat di sini dan di rantau ini untuk bermain di kelab-kelab bola sepak Eropah. Dia tiba di Singapura pada 2004 dan menubuhkan syarikat Football Management International pada 2010.



Pada 11 Julai tahun lalu, sekitar 1 petang, dia mengambil anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, dari Sekolah Rendah Oasis di Punggol.



Dia memandu sepanjang Edgefield Plains, jalan raya di luar sekolah itu, dengan niat menunggu anaknya bersama kereta lain di sepanjang jalan raya tersebut. Tetapi, seorang pemandu membunyikan hon terhadapnya sepanjang jalan raya itu.



Selepas dia memberi laluan, dia fikir dia melihat lelaki tersebut membuat gerakan isyarat kurang sopan dengan tangannya semasa memandu lalu. Guimaraes kemudian mengikut lelaki itu dalam keretanya ke sebuah tempat meletak kereta berhampiran, bersemuka dengan lelaki berkenaan tanpa memakai pelitup.



Pertengkaran menjadi hangat, dan Guimaraes menyerang lelaki itu dengan menendang dan menolak pintu kereta ke arah tulang kering mangsa, dan memukul telinga kirinya.



Polis kemudian dihubungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >