Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencetakan konkrit 3D bakal digunakan dalam projek HDB di Tengah dan Bidadari

Sep 15, 2019 | 02:09 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan kerjasama rakan kerja industri telah memulakan tiga inovasi termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan pencetak 3D untuk meningkatkan lagi keupayaan binaannya.



Usaha terus meningkatkan kepakarannya dalam bidang teknologi binaan ini merupakan sebahagian usaha HDB menghasilkan tempat tinggal lebih baik buat warga Singapura.



Menerusi satu kenyataan pada Ahad (15 September), HDB berkata kerjasama dengan rakan kerja industri ini mampu menghasilkan peningkatan dari segi jumlah waktu yang boleh dijimat, daya penghasilan di tapak binaan serta keselamatan jika ia berjaya dan dilaksana secara lebih meluas.



Menurut HDB, tiga inovasi yang telah mereka mulakan itu termasuk penggunaan analitik penglihatan dan kecerdasan buatan (AI) untuk membangunkan alat baru bagi memantau keselamatan di tapak binaan; penggunaan teknologi pencetakan konkrit 3D untuk memperluas keupayaan reka bentuk dan menggalak binaan berdaya tahan; serta penggunaan dron, analitik penglihatan dan AI untuk membangunkan alat baru bagi meningkatkan pemeriksaan muka bangunan.



Antara lain, HDB sedang bekerjasama dengan Sekolah Reka Bentuk dan Sekitaran Universiti Nasional Singapura (NUS) bersama sokongan AI Singapore untuk mengkaji cara menjadikan pemeriksaan keselamatan satu sistem automatik.



Projek ini bertujuan memanfaatkan AI dalam analitik video untuk membolehkan pemantauan bahaya secara berterusan dan langsung serta mengesan situasi berisiko tinggi di tapak binaan secara automatik.



“Dengan mengurangkan keperluan bagi pemantauan manual secara berterusan, kita boleh tingkatkan keselamatan pekerja di tapak binaan selain memastikan keselamatan yang konsisten di semua tapak binaan.



“Sistem pemantauan pusat yang automatik ini membolehkan pegawai keselamatan memantau tapak binaan yang berbeza pada masa yang sama sepanjang hari.



“Sistem automatik ini juga akan mengurangkan risiko standard keselamatan yang tidak konsisten... serta kesilapan manusia yang boleh timbuk dek keletihan,” kata HDB.



Tambahnya, sistem itu juga tidak memerlukan ramai pekerja.



Sementara itu, kegunaan pencetakan konkrit 3D hampir tiada had dan boleh mengubah cara rumah direka dan dibina.



Sebagai contoh, reka bentuk yang lebih bebas dan tidak mengikut kelaziman boleh disuntik dalam bandar HDB. Ini akan menghasilkan penampilan serta tekstur yang lebih pelbagai dari segi ciri dan kemudahan bangunan.



Sebagai permulaan, HDB akan cuba menggunakan pencetakan konkrit 3D bagi komponen kecil bagi ruang yang dikongsi bersama di projek tertentu di Tengah dan Bidadari.



Satu lagi kajian yang dijalankan HDB ialah penggunaan dron bagi pemeriksaan muka bangunan.



Blok HDB sering diperiksa untuk memastikan ia terus berada dalam keadaan baik, dengan cara manual digunakan termasuk gondola.



HDB sedang bekerjasama dengan H3Zoom.ai, untuk meninjau penggunaan dron itu bersama analitik penglihatan dan AI sebagai alternatif lebih selamat dan cekap untuk meningkatkan keselamatan pekerja dan mengurangkan kebergantungan pada buruh manual semasa pemeriksaan muka bangunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >