Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftar baru Mahkamah Syariah dilantik

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Syariah telah melantik Cik Masayu Norashikin Mohamad Amin untuk mengambil alih jawatan Pendaftar mulai hari ini.



Cik Masayu, 46 tahun, menggantikan tempat Cik Shahrinah Abdol Salam, dan pada masa yang sama akan memainkan peranan sebagai Presiden Mahkamah Syariah secara adhoc.



Cik Masayu telah mula berkhidmat di Mahkamah Syariah pada Januari 2018.



Sebelum dilantik sebagai Naib Pendaftar, Cik Masayu telah menyumbang sebagai hakim daerah serta Penolong Pendaftar di Mahkamah Keadilan Keluarga.



Beliau juga kini memimpin usaha Mahkamah Syariah menuju ke arah pendigitalan penuh bagi proses dan sistem mahkamah.



Cik Shahrinah, 44 tahun, melepaskan jawatan itu setelah berkhidmat sejak 2018.



Cik Shahrinah telah menamatkan tempohnya di Mahkamah Syariah dan akan berkhidmat dalam jawatan baru di Biro Bantuan Guaman di Kementerian Undang-Undang, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam.



Selain berkhidmat sebagai Pendaftar, Cik Shahrinah juga dilantik sebagai Presiden Mahkamah Syariah sejak Januari 2018.



Cik Shahrinah telah menyertai Khidmat Guaman Singapura pada 2001 dan memainkan peranan dalam pelbagai jawatan dalam sektor perkhidmatan awam sejak itu.



Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah di Biro Bantuan Guaman dari 2001 hingga 2008 sebelum berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC) hingga 2015.



Beliau juga merupakan penerima Pingat Kepujian Hari Kebangsaan pada 2013 atas sumbangannya.



Pelbagai perubahan telah diusulkan Cik Shahrinah bagi mempertingkat sistem keadilan keluarga Singapura sepanjang tempoh perkhidmatannya di Mahkamah Syariah.



Ini termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dan pengamal undang-undang bagi memperbaharui amalan perundangan di mahkamah dan membentuk inisiatif dasar baru.



Usaha-usaha tersebut secara langsung menyumbang kepada pindaan terhadap Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) pada 2017 dan awal tahun ini.



Baru-baru ini beberapa pindaan utama kepada Amla telah diumumkan.



Ini termasuk membolehkan Mahkamah Syariah dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) menggunakan proses digital bagi pentadbiran mahkamah dan akad nikah.



Pentadbiran perkahwinan dan perceraian Islam juga akan diselaraskan di samping meningkatkan sokongan bagi keluarga terutamanya kanak-kanak, yang melalui perceraian untuk ikuti perkembangan undang- undang keluarga di bawah Piagam Wanita.



Kutipan yuran oleh Muis juga akan diselaraskan bagi penyediaan perkhidmatan di bawah fungsi berkanunnya.



Sementara itu, Cik Shahrinah juga telah menerajui usaha Mahkamah Syariah menangani cabaran Covid- 19 dan memastikan khidmat mahkamah dapat dimanfaatkan keluarga Muslim supaya mereka terus menerima sokongan yang diperlukan meski dalam keadaan pandemik.



Tempoh khidmat Cik Shahrinah juga menyaksikan Mahkamah Syariah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pendidikan undang- undang dalam perundangan keluarga Muslim.



Sementara itu, portfolio Cik Masayu akan diambil alih Cik Wileeza A Gapar, 51 tahun, yang telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah pada 1 Oktober tahun lalu.



Mulai hari ini, beliau juga akan berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Syariah secara adhoc.



Cik Wileeza, yang sebelum ini berkhidmat dalam sektor swasta dari 1994 hingga 2009 telah menyertai Khidmat Guaman Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >