INSTITUT Pengajian Islam Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), atau IPIP, kini membuka pendaftaran bagi program-program pengajian Islam bagi kemasukan Julai tahun ini.
Ia menawarkan empat program - Program Takrif Islam (PTI) selama enam bulan; Sijil Pengajian Islam (SPI) selama setahun; Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI) selama setahun; dan Diploma Pengajian Islam (DPI) selama setahun setengah.