Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pendaftaran bagi Skechers Friendship Walk dibuka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pendaftaran bagi Skechers Friendship Walk dibuka

Oct 23, 2018 | 01:33 PM

ACARA berjalan kaki beramai-ramai anjuran Skechers akan diadakan di Singapura buat pertama kali Disember ini.

Skechers Friendship Walk yang akan diadakan pada 1 Disember bertujuan menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang demi satu tujuan - untuk menyokong kanak-kanak dengan pendidikan dan keperluan khas.

Peserta boleh menyertai acara berjalan kaki santai sejauh lima kilometer dari Gardens by the Bay East ke Tanjong Rhu Promenade.

Pelbagai cabaran menarik di sepanjang jalan juga diadakan bagi menggalak peserta mendorong satu sama lain dan berusaha sebagai satu pasukan.

Peserta juga dapat menyertai kegiatan menyeronokkan, menonton filem serta menikmati pelbagai makanan dan minuman di karnival yang turut dianjurkan.

Pendaftaan bagi Skechers Friendship Walk telah dibuka dengan harga istimewa $35 bagi orang dewasa, $20 bagi kanak-lanak, $60 bagi promosi sahabat dan $80 bagi kumpulan keluarga terdiri daripada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak.

Skechers Friendship Walk, yang bermula di Manhattan Beach di California pada 2009, turut dianjurkan di China dan Malaysia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3