PENDAFTARAN untuk Darjah 1 pada 2020 akan bermula 3 Julai 2019 sehingga 31 Oktober 2019, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (Khamis, 23 Mei).
Semua sekolah rendah akan dibuka dari 8 pagi hingga 11 pagi dan antara 2.30 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat semasa tempoh pendaftaran.
Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2013 dengan 1 Januari 2014 mesti mendaftar bagi kemasukan ke Darjah 1 Januari tahun depan.
Pelbagai maklumat mengenai pendaftaran itu boleh didapat di laman MOE.
Tarikh bagi pelbagai fasa pendaftaran misalnya boleh didapati di:
https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/phases
Untuk mendaftar menerusi melalui P1-IS, ibu bapa hanya perlu menggunakan SingPass mereka. Bagi panduan ringkas mengenai pendaftaran dalam talian, rujuk
https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/internet-registration-for-
fasa-2c-dan-2c-tambahan.
Untuk maklumat lanjut, termasuk mengenai sekolah rendah dan tempat kosong yang ada, dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran, pendaftaran untuk warga Singapura di luar negara, lungsur laman web di http://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Pendaftaran Darjah 1 bagi kohort 2020 dibuka 3 Julai hingga 31 Oktober
May 23, 2019 | 03:03 PM