Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran darjah satu bermula 3 Julai

May 24, 2019 | 05:30 AM



PENDAFTARAN untuk darjah satu pada 2020 akan bermula 3 Julai sehingga 31 Oktober ini, menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Semua sekolah rendah akan dibuka dari 8 pagi hingga 11 pagi, dan antara 2.30 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat semasa tempoh pendaftaran.



Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2013 dengan 1 Januari 2014 mesti mendaftar bagi kemasukan ke darjah satu Januari tahun depan.



Pelbagai maklumat mengenai pendaftaran itu boleh didapati di laman MOE.



Fasa awal - 1 dan 2A - adalah bagi kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik yang merupakan murid sekolah itu dan mereka yang mempunyai ibu bapa yang merupakan anggota alumni sekolah tersebut, atau merupakan anggota jawatankuasa penasihat atau pengurusan sekolah itu.



Fasa 1 bermula pada 3 Julai dan Fasa 2A bermula pada 9 Julai.



Ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di bawah Fasa 1 boleh memberi borang pendaftaran dan dokumen lain melalui anak mereka yang merupakan murid sekolah tersebut.



Pelajar akan menerima borang daripada sekolah mereka.



Fasa 2B yang bermula pada 22 Julai ialah bagi anak yang mempunyai ibu bapa yang menjadi sukarelawan dalam sekolah berkenaan, mempunyai hubungan dengan gereja atau persatuan yang mempunyai hubungan dengan sekolah tersebut, atau merupakan pemimpin masyarakat yang aktif.



Mereka yang tidak mempunyai hubungan dengan sekolah berkenaan boleh mendaftar dalam Fasa 2C, bermula 30 Julai.



Tarikh bagi pelbagai fasa pendaftaran misalnya boleh didapati di: https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/phases.



Untuk mendaftar menerusi melalui Sistem Internet Darjah Satu (P1-IS), ibu bapa hanya perlu menggunakan SingPass mereka.



Untuk maklumat lanjut, termasuk mengenai sekolah rendah dan tempat kosong yang ada, dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran, pendaftaran untuk warga Singapura di luar negara, lungsur laman web di http://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >