Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran Darjah Satu dari 29 Jun - 28 Ogos

Jun 16, 2017 | 05:30 AM



PENDAFTARAN kanak-kanak bagi kemasukan Darjah Satu (P1) tahun depan bermula pada 29 Jun hingga 28 Ogos.



Menurut pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2011 dengan 1 Januari 2012, termasuk kededua tarikh, perlu mendaftar bagi Pendaftaran P1 tahun ini bagi kemasukan ke sekolah rendah Januari depan.



Semua sekolah rendah akan dibuka bagi pendaftaran dari 8 hingga 11 pagi dan dari 2.30 hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh pendaftaran.



Senarai sekolah rendah dan tempat kosong yang tersedia serta senarai pusat pendaftaran bagi sekolah baru, bergabung dan yang telah berpindah, boleh didapatkan di laman web Pendaftaran P1.



Sebuah sekolah baru - Sekolah Rendah Fern Green - yang terletak di Fernvale Link juga akan dibuka bagi pendaftaran P1 tahun ini.



Ia akan mula beroperasi tahun depan.



Semasa pendaftaran, alamat yang digunakan bagi Pendaftaran P1 harus merupakan alamat rasmi ibu bapa kanak-kanak tersebut seperti mana yang tertera pada nombor kad pengenalan (NRIC).



Alamat itu akan menentukan jarak sekolah dengan rumah, bagi pertimbangan keutamaan semasa kemasukan.



Kanak-kanak yang mendapat tempat menerusi kategori jarak sekolah-rumah perlu tinggal di alamat yang diberikan semasa pendaftaran sekurang-kurangnya 30 bulan daripada permulaan Pendaftaran P1 pada 29 Jun ini.



Sebarang pendaftar yang didapati memberikan maklumat palsu semasa Pendaftaran P1 akan dirujuk kepada polis bagi siasatan.



Pendaftaran P1 merangkumi tujuh fasa berbeza.



Ibu bapa juga boleh mendaftarkan anak mereka bagi P1 secara dalam talian bagi Fasa 2C dan 2C Tambahan (Supplementary) menerusi sistem Internet P1 (P1-IS) dan tidak perlu ke sekolah pilihan untuk mendaftar.



Bagi pendaftaran dalam talian pula, mereka perlu menggunakan Singpass dan sistem Pengesahan Dua Faktor (2FA).



Buat kali pertama tahun ini, ibu bapa boleh menonton video Pendaftaran P1 yang mengandungi panduan dan maklumat lanjut bagi mempersiapkan mereka untuk sesi pendaftaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >