Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran Darjah Satu: Kurang 10 tempat kosong bagi fasa 2A2 di tiga sekolah

Jul 10, 2019 | 03:37 PM



TIGA sekolah kini hanya tinggal kurang 10 tempat kosong bagi fasa ketiga pendaftaran Darjah Satu- Fasa 2a2- yang akan bermula Isinin nanti. 



Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Rendah Nanyang, dengan hanya 10 tempat kosong yang tinggal, Sekolah Rendah Nan Hua dengan lapan tempat kosong, dan Sekolah Tinggi Katolik dengan tujuh tempat kosong. 



Sekitar 75 peratus tempat kosong di ketiga-tiga sekolah itu juga telah dipenuhi secara keseluruhan. 



Fasa 2A2 diperuntukkan untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang merupakan bekas pelajar, atau ibu bapa yang merupakan anggota kakitangan sekolah itu. 



Fasa sebelumnya- Fasa 2A1- yang telah ditutup semalam, diperuntukkan untuk anak-anak anggota persatuan alumni atau jawatankuasa penasihat atau pengurusan. 



Dengan tempat kosong yang terhad di ketiga-tiga sekolah, ibu bapa perlu menjalani undian untuk mendapatkan tempat untuk anak-anak mereka. 



Undang-undang yang diperkenalkan pada 2014 memerlukan semua sekolah rendah untuk memperuntuk 40 tempat untuk kanak-kanak dalam fasa seterusnya. 



Untuk itu terdapat tempat kosong yang terhad dalam fasa 2A1 dan 2A2. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >