Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran ibadah korban diubah suai dibuka di 51 masjid S'pura

Jun 08, 2021 | 04:14 PM



PENDAFTARAN bagi ibadah korban tahunan sempena Hari Raya Haji dibuka pada Selasa (8 Jun) dengan agihan daging dikendalikan hingga pertengahan Ogos.



Buat tahun kedua, masjid di sini akan menguruskan penyembelihan kambing dibuat di Australia dengan dagingnya kelak dihantar ke sini. Ini adalah kerana wabak Covid-19 yang masih menular.



Sejumlah 51 masjid akan menawarkan khidmat korban yang diubah suai pada tahun ini - satu peningkatan daripada 42 masjid tahun lalu, jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya pada Selasa (8 Jun).



Setiap masjid akan menyediakan khidmat korban bagi sehingga 120 kambing dengan harga antara $320 dengan $370 seekor. Ia adalah tambahan daripada 100 kambing tahun lalu.



Pendaftaran ditutup pada 13 Julai. Slot bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat korban bergantung pada bekalan yang sedia ada dengan khidmat diberi bagi sesiapa yang dahulu didahulukan.



Mereka yang ingin menjalankan ibadah korban boleh mendaftar di laman masjid yang terlibat serta membuat bayaran langsung.



Bagi memenuhi ketetapan langkah pengurusan selamat, pendaftaran langsung di masjid hanya dibuka buat sesiapa yang sudah membuat janji temu awal.



Dalam tempoh tiga hari selepas Hari Raya Haji, pemohon ibadah korban yang diterima pendaftarannya akan menerima daging yang didinginkan dan dibungkus rapi mulai 24 Julai. 



Masjid dan penyedia khidmat yang terpilih bagi mengendalikan ibadah korban harus memenuhi ketetapan Agensi Makanan Singapura bagi import, simpanan dan agihan produk daging ini, kata Muis.



Daging korban ini akan didinginkan dahulu di Australia sebelum dibekalkan ke Singapura.



Piawaian kebersihan yang tinggi akan diperhatikan dengan slot agihan dan pengambilan daging dibuat secara berperingkat-peringkat.



Bagi agihan kepada golongan miskin dan memerlukan, urusannya akan dikendalikan pihak masjid bagi kiriman tanpa kontak.



"Ibadah korban menggambarkan sikap ihsan memberi dengan berkongsi daging dengan golongan kurang bernasib baik khususnya melihat pada cabaran ekonomi masa kini," kata Muis.  



Tahun ini, Muis akan melanjutkan agihan daging korban kepada pertengahan Ogos bagi "menghidupkan semangat korban dan sebagai jalinan bersama keluarga yang terjejas secara ekonomi dengan pandemik Covid-19 ini," tambahnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >