Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pendaftaran korban masih dibuka, 60 peratus ternakan masih boleh ditempah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pendaftaran korban masih dibuka, 60 peratus ternakan masih boleh ditempah

Jul 15, 2020 | 03:58 PM

PENDAFTARAN ibadah korban tahun ini masih lagi dibuka dengan 60 peratus ternakan masih tersedia untuk ditempah di kebanyakan masjid. Ini didedahkan di laman media satu perhentian Muslim.Sg.

Sebanyak 42 masjid di Singapura akan menawarkan khidmat korban bagi Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini. Berbeza dengan tahun-tahun sudah, tiada ternakan akan diimport ke Singapura kerana pandemik Covid-19. Sebaliknya, pihak masjid akan menguruskan pelaksanaan ibadah korban ini di Australia dengan daging korban ini kelak dihantar ke Singapura untuk diagihkan.

Pendaftaran korban dibuka 3 Julai lalu hingga 24 Julai ini bergantung pada bekalan yang ada dan siapa dahulu didahulukan. Orang ramai yang berminat boleh berdaftar di masjid yang tersenarai di laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan setiap masjid dibenarkan mengendalikan tempahan terhad sehingga 100 ekor kambing. Seekor kambing berharga antara $300 dengan $330.

Pendaftaran  dan urusan dalam talian digalakkan.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3