Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran masuk ke Darjah 1 dibuka 3 Julai

Jun 19, 2014 | 02:04 PM



PENDAFTARAN untuk kemasukan kanak-kanak ke Darjah Satu (P1) pada tahun depan akan dijalankan antara 3 Julai hingga 28 Ogos ini.


Pendaftaran ini dibuka untuk kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2008 dan 1 Januari 2009 yang akan memasuki Darjah Satu tahun depan.


Buat julung-julung kalinya, ibu bapa kini berpeluang melakukan pendaftaran secara dalam talian.


Dikenali sebagai Sistem Internet Darjah Satu (P1-IS), ia dibuka MOE untuk pendaftaran masuk ke kesemua sekolah.


P1-IS merupakan kemudahan yang ditawarkan bagi pendaftaran kanak-kanak bagi Fasa 2C dan 2C Tambahan.


Ibu bapa yang tidak ingin memanfaatkan kemudahan sistem dalam talian, masih boleh melakukan pendaftaran di sekolah pilihan mereka sebagaimana biasa.


Untuk pendaftaran secara dalam talian menerusi P1-IS, kedua-dua ibu bapa perlu menggunakan SingPass.


Untuk mendapatkan Panduan Pendaftaran Dalam Talian, sila kunjungi laman http://www.moe.gov.sg/education/admissions/primary-one-registration/primary-one-internet-system/ .


P1-IS merupakan kemudahan 24 jam.


Bagi Fasa 2C - bermula dari 9.00 pagi pada 29 Julai hingga 4.30 petang pada 31 Julai ini; dan


Fasa 2C Tambahan - bermula dari 9 pagi pada 10 Ogos hingga 4.30 petang pada 12 Ogos ini.


Bagi ibu bapa yang ingin melakukan pendaftaran di sekolah, semua sekolah rendah akan menjalankan sesi pendaftaran antara Isnin hingga Jumaat, antara 8 pagi hingga 11 pagi dan antara 2.30 petang hingga 4.30 petang.


Perincian berkenaan senarai sekolah dan jumlah tempat yang ditawarkan, selain pusat pendaftaran untuk sekolah-sekolah yang bergabung atau berpindah ke tempat lain boleh didapatkan di laman Kementerian Pendidikan (MOE) di http://www.moe.gov.sg/education/admissions/primary-one-registration/.


Menurut MOE dalam kenyataannya hari ini, saiz kohort untuk 2015 adalah serupa tahun ini.


"Terdapat tempat yang mencukupi untuk semua murid P1 yang layak," kata MOE.


Mulai pendaftaran kemasukan ke P1 tahun ini, MOE talah mengenepikan 40 tempat di setiap sekolah untuk mereka yang memohon di bawah Fasa 2B dan 2C (20 tempat bagi setiap fasa) sebelum bermulanya Sesi Pendaftaran P1 bagi memastikan adanya keterbukaan di kesemua sekolah rendah.


Lebihan tempat kosong yang ada selepas Fasa 2A(2) - termasuk 40 tempat yang telah diketepikan - akan terus dibahagikan secara seimbang antara Fasa 2B dan 2C.


Panduan untuk kemasukan ke Darjah Satu boleh juga didapatkan di http://www.moe.gov.sg/education/primary/files/primary-school-education-booklet.pdf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >