Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran PCICS dibuka, kohort pertama mula April 2020

Dec 07, 2019 | 04:10 PM



PENDAFTARAN bagi program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) kini dibuka, dengan kelas akan bermula pada April tahun depan untuk kohort pertama.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya berkata program itu merupakan satu keperluan bagi lulusan daripada institusi pengajian tinggi Islam luar negara yang memohon bagi Peringkat 1 Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Lulusan yang memohon bagi ARS akan diberi pengiktirafan ARS sementara (sah untuk tiga tahun) selepas membuat permohonan, yang membolehkan mereka mengajar Islam semasa menjalani program PCICS.



PCICS merupakan sebuah program setahun yang akan mengganti program Sijil Pengajian Islam Mengikut Konteks (ICON).



Program itu akan melengkapi dan mempersiapkan asatizah dengan kemahiran buat masa depan.



Ia antara lain merangkumi latihan vokasional tambahan dalam bidang seperti andragogi (kaedah mengajar golongan dewasa), kerja sosial, kaunseling, dan kecelikan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >