Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran untuk K1 di tadika MOE pada 4 & 5 April ini

Feb 13, 2014 | 02:23 PM



IBU bapa yang ingin memasukkan anak mereka ke tadika 1 atau K1 di tadika-tadika kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) boleh mendaftar mulai 4 dan 5 April ini.


Sesi pendaftaran akan dimulakan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 1 tengah hari hingga 5 petang pada kedua-dua hari tersebut.


Ibu bapa perlu ke tadika pilihan mereka untuk membuat pendaftaran.


Pendaftaran di tadika-tadika MOE hanya dibuka untuk kanak-kanak warga negara ini atau penduduk tetap yang lahir antara 2 Januari 2010 dan 1 Januari 2011.


Terdapat lima tadika MOE yang menawarkan pendaftaran.


Tadika MOE@Blangah Rise mempunyai 60 tempat bagi kemasukan pada 2015 sementara tadika di Dazhong menawarkan 80 tempat.


Tadika MOE@Farrer Park punya 60 tempat sementara tadika di Punggol View dan Tampines masing-masing menawarkan 120 dan 60 tempat setiap satu.


Kelima-lima tadika akan mengadakan rumah terbuka pada 1 Mac dari 9 hingga 11 pagi.


Ibu bapa boleh mengunjungi salah satu daripada tadika-tadika ini untuk mengetahui tentang sukatan pelajaran, program dan kemudahan yang ditawarkan.


Rumah terbuka ini akan dimulakan dengan taklimat pada 9 pagi, diikuti dengan sesi soal-jawab, pengenalan tentang tadika itu dan kegiatan yang disediakan untuk murid-murid.


Ibu bapa dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke tadika MOE.


Menurut MOE, mereka yang memandu harus meletak kenderaan di kawasan meletak kereta berdekatan kerana tidak ada tempat meletak kereta disediakan dalam lingkungan kawasan sekolah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >