Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendahuluan diambil daripada Dana Kecemasan bagi biaya langkah sokongan Covid-19

Lawrence Wong: Wang $1.4b digunakan bantu pekerja, firma sedang SG usaha kurangi jangkitan
Dec 10, 2021 | 03:10 PM



KEMENTERIAN Kewangan mengambil pendahuluan daripada dana kecemasan untuk membayar $1.4 bilion bagi langkah-langkah yang dilaksana untuk membantu pekerja dan perniagaan dari 27 September hingga 21 November, sedang Singapura berusaha mengurangkan kes Covid-19.



Mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah menggunakan Dana Kecemasan bagi memastikan langkah-langkah sokongan dapat dilaksana tepat pada masanya.



Beliau berkata pemerintah tidak menggunakan rizab terdahulu Singapura untuk membiayai langkah-langkah itu kerana pendapatannya ternyata lebih tinggi daripada jangkaan tahun ini.



Pada Belanjawan 2020, pemerintah memperuntuk $13 bilion bagi Dana Kecemasan dan Dana Kecemasan Pembangunan, yang disediakan bagi perbelanjaan penting dan segera tidak dijangka.



Di bawah perlembagaan, Parlimen boleh mewujudkan dana bagi membayar keperluan tidak dijangka yang tidak diperuntuk dalam Akta Perbekalan, yang mengawal jumlah wang yang boleh dibelanjakan pemerintah dalam satu tahun kewangan.



Presiden mesti bersetuju dengan sebarang pendahuluan yang diambil daripada Dana Kecemasan.



Merujuk kepada hal itu, Encik Wong berkata: "Kami telah menimbulkan perkara ini dengan Presiden Halimah Yacob dan beliau telah memberikan persetujuannya."



Encik Wong juga berkata pemerintah bakal memperkenal Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen bagi menggantikan pendahuluan itu.



Kelulusan Parlimen diperlukan untuk penggunaan lebih banyak wang dalam tahun kewangan selepas Belanjawan diluluskan.



Singapura memasuki fasa penstabilan pada 27 September apabila kes Covid-19 meningkat, dengan sekatan ke atas perhimpunan sosial dan makan di luar dikenakan.



Fasa itu sepatutnya berakhir pada 24 Oktober, namun dengan penggunaan katil hospital dan unit rawatan rapi berada di kapasiti hampir penuh, ia dilanjutkan ke 21 November.



Untuk membantu pekerja mengharungi tempoh itu, $1.4 bilion dibelanjakan dalam bentuk langkah-langkah sokongan, termasuk subsidi bagi syarikat terjejas teruk dalam industri makanan dan minuman serta pelancongan.



"Sambil kita meneruskan usaha bersama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan agensi awam di seluruh pemerintah yang telah bekerja tanpa jemu sepanjang pandemik ini.



"Usaha anda - dalam setiap agensi dan setiap kapasiti - tidak ternilai dan telah memberi kesan besar," tambah Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >