WANITA yang dirogol tiga kali dalam masa 20 minit oleh seorang lelaki di sebuah lorong tidak dapat mengawal perasaannya sewaktu beliau menghadapi penyerangnya pada hari pertama perbicaraan, demikian mahkamah diberitahu semalam.
Pendakwa menuntut hukuman sekurang-kurangnya 17 tahun penjara dan 24 sebatan ke atas Lim Choon Beng, 30 tahun, dengan hujah bahawa hukuman berat adalah wajar terhadap perbuatannya melakukan kes rogol secara berulang.