PIHAK pendakwa telah memohon agar Inspektor Polis Trafik (TP) Mohd Taufik Abu Bakar, yang mencabul kehormatan empat pegawai bawahannya, dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun lapan bulan.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Amanda Chong menekankan bahawa Mohd Taufik, 56 tahun, telah menyalahgunakan kuasa apabila dia mencabul kehormatan pegawai Perkhidmatan Negara (NS) itu.