Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH: KES TIKAM HINGGA MATI DI FLAT 2017

Pendakwa: Tertuduh sengaja 'tikam maut' mangsa

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang mulanya tiada tempat tinggal menemui tempat berteduh setelah seorang yang tidak dikenali menghampirinya dan menyarankan agar mereka berkongsi sewa sebuah flat di Teck Whye Crescent.



Mohammad Rosli Abdul Rahim kini berusia 51 tahun, bagaimanapun kemudian mengesyaki bahawa rakan sewanya, Allahyarham Mohammad Roslan Zaini, 35 tahun, telah membebankannya dengan jumlah sewaan yang banyak.



Pada awal pagi 16 Ogos 2017, perbalahan mengenai pembayaran sewa dan utiliti berakhir dengan Rosli menikam dada Roslan dan membunuhnya, dengan kehadiran dua kenalan.



Semalam, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi pada hari pertama perbicaraan itu bahawa Rosli dengan sengaja telah menyebabkan tikaman yang membawa maut, sedalam antara 11 sentimeter (cm) dengan 13cm, yang menembusi sternum mangsa dan menusuk jantungnya.



Sekiranya disabitkan kesalahan, Rosli menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Rosli juga menyebabkan dua luka tikaman pada mangsa - satu di paha kanannya dan yang lain di lengan bawah kanan - dan banyak luka kesan libasan di punggung atas, lengan kanan dan ibu jari.



"Mangsa tidak bersenjata dan tidak berdaya, dan tertuduh mengalami calar. Serangan itu hanya berhenti setelah si mati lari dari flat," kata Timbalan Pendakwa Raya Yang Ziliang.



Pendakwa memberitahu mahkamah bahawa sekitar November 2016, Rosli kehilangan tempat tinggal dan tidur di kolong flat di Bukit Batok. Kemudian, dia tidur di luar sebuah flat kenalan di tingkat tiga Blok 165A Teck Whye Crescent.



Roslan, yang menyewa sebuah flat di tingkat empat blok yang sama, mendekati tertuduh dan menyarankan agar mereka menyewa unitnya.



Kedua-dua lelaki itu kemudian mendaftarkan nama mereka di Lembaga Perumahan sebagai penyewa dan bersetuju untuk membahagikan sewa bulanan.



Pada Ogos 2017, Rosli mula mengesyaki bahawa lelaki yang lebih muda itu membebankannya dengan bayaran sewa bulanan yang lebih banyak.



Sehari sebelum pembunuhan itu, dia mengadu kepada rakan mereka- bekas kekasih mangsa - bahawa dia telah memberi Roslan lebih daripada $100 tetapi lelaki muda itu tidak membayar sewa flat tersebut.



Dia juga memberitahu wanita itu bahawa dia ingin berhenti menyewa flat itu dengan mangsa, mahkamah diberitahu.



Pada kira-kira 4 pagi 16 Ogos 2017, pasangan itu menonton filem di flat itu dengan dua kenalan mereka apabila pertelingkahan mengenai wang mula berlaku.



Marah dengan komen yang dibuat mangsa, Rosli menuju ke dapur dan mengambil pisau sepanjang 17cm.



Rosli kemudian menikam mangsa yang tidak berbaju di bahagian dada sementara mangsa cuba menangkis serangan dengan tangan.



Dua rakan pelawat yang berada di situ kemudian melarikan diri dari unit itu setelah menyaksikan serangan itu dan mereka meminta pertolongan.



Mangsa juga melarikan diri, berusaha menuruni tangga sebelum rebah di rumput.



Seorang pemandu bas dalam perjalanan ke tempat kerja melihat Roslan terbaring berlumuran darah dan beliau menghubungi polis.



Sementara itu, Rosli mencuci pisau dan membersihkan bekas darah di lantai, kemudian meninggalkan flat itu dengan barang-barang dan ubat-ubatannya.



Rakaman daripada kamera polis menunjukkan Rosli meninggalkan flat itu melalui tangga di hujung blok, jauh daripada lobi lif bagi mengelakkan pegawai polis yang telah tiba di tempat kejadian.



Rosli diberkas pada 10.15 pagi hari itu.



Dalam satu kenyataan kepada polis tiga hari kemudian, Rosli berkata: "Saya menggunakan pisau untuk menyakitinya (mangsa) kerana saya marah dia memaki ibu saya. Saya tidak mempunyai niat untuk membunuhnya."



Rosli juga memberitahu psikiatri Institut Kesihatan Mental bahawa dia telah memakan nitrazepam, ubat penenang, ketika insiden tikaman itu berlaku.



Dr G Kandasami, daripada jabatan perubatan ketagihan, mengatakan Rosli mungkin mempunyai tahap "gangguan dan kemerosotan kognisi" di bawah dos nitrazepam yang tinggi, tetapi tidak menganggap bahawa ini adalah satu-satunya faktor penyumbang "yang melemahkan kawalan dirinya terhadap perbuatannya.



Rosli telah dibela oleh Encik Anand Nalachandran di bawah Skim Bantuan Undang-Undang untuk kesalahan yang membawa hukuman mati.



Perbicaraan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >