Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS)

Pendakwah asing perlu penuhi syarat sama dengan asatizah setempat berdakwah di S'pura

Oct 27, 2017 | 06:01 PM



PENDAKWAH asing yang berhasrat berdakwah di Singapura perlu memenuhi syarat sama yang dikenakan ke atas asatizah setempat.



Lantaran itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tidak menyokong permohonan sebahagian pendakwah asing yang memiliki pandangan yang bercanggah dengan Kod Etika di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), kata Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, dalam ucapannya di majlis penyampaian sijil ARS kepada Pusat Penyedia Pendidikan Islam (IECP)di Hab Islam Singapura semalam.



Menurut Dr Mohamed Fatris, pendapat yang dimiliki sebahagian pendakwah asing ‘amat bermasalah’ dan ‘amat tidak sesuai’ diutarakan dalam konteks berbilang agama di sini.



“Ini termasuk ajaran yang condong kepada kemutlakan (absolutism), seperti pandangan yang menekankan bahawa mengucap selamat kepada penganut agama lain semasa perayaan agama mereka dilarang sepenuhnya dan membatalkan iman seorang Muslim.



“Ajaran seperti ini tidak mengandungi nilai kehidupan yang kita amat hargai, yang boleh memupuk kehidupan agama yang progresif dan makmur di Singapura,” kata Dr Mohamed Fatris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >