Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendam hasrat milik flat sendiri...

Sep 27, 2021 | 05:30 AM



SUDAH lebih 15 tahun Cik Haslinda Kamis (gambar) tinggal di flat sewa.



Meskipun jauh di lubuk hatinya, ibu tunggal itu mendambakan detik beliau dapat menjadi pemilik flat sendiri dan hidup selesa di bawah satu bumbung dengan empat orang anaknya.



Malangnya, Cik Haslinda, seorang ibu tunggal bagai merasakan impian itu akan kekal sebuah mimpi semata-mata.



"Saya tidak terfikir (tinggal di flat sendiri) dapat jadi kenyataan," katanya kepada Berita Harian (BH).



"Mana nak fikir tentang beli flat sendiri, duit belanja sehari-hari saya dan anak-anak pun terkial-kial...ni cuma angan-angan saja," keluh beliau.



Kisah Cik Haslinda, 41 tahun, adalah antara kisah dua keluarga di flat sewa yang ditinjau BH, bagi bahagian kedua laporan khas tiga-bahagian mengenai penduduk Melayu di flat sewa. Bahagian pertama disiarkan di Berita Minggu (BM) semalam.



Sebuah lagi keluarga yang ditemui akhbar ini, bersikap lebih optimistik setelah keadaan mereka membolehkan Cik Erista Dimawati dan suami membuat perancangan memanfaatkan geran pemerintah untuk membeli flat sendiri.



Setelah berusaha gigih memantapkan pendapatan dan kewangan keluarga, pasangan itu yang meraih pendapatan keseluruhan sekitar $4,000 sebulan sedang bersiap sedia melakukan perubahan bagi kehidupan mereka sekeluarga dengan memanfaatkan Geran Perumahan Berhampiran (PHG) untuk mendapatkan flat mereka sendiri.



Ikuti kisah keluarga-keluarga ini:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >