Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan bulanan isi rumah Melayu meningkat

Dapatan Banci Penduduk 2020 cerminkan profil pendidikan masyarakat Melayu yang bertambah baik: Masagos; Turut umum penubuhan Projek Dian@M3 bagi perkasa keluarga yang tinggal di flat sewa
Jun 19, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA Melayu mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam pendapatan bulanan bagi setiap anggota isi rumah antara tahun 2010 dengan 2020.



Demikian menurut laporan bahagian kedua Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Pendapatan bulanan per kapita median keluarga Melayu mencatatkan pertumbuhan 3 peratus daripada $1,043 pada 2010 kepada $1,594 pada 2020.



Ini berbanding 2.9 peratus bagi masyarakat Cina dan 2.5 peratus bagi masyarakat India.



Pendapatan itu merujuk kepada pendapatan hasil daripada kerja, dan bukan sumber lain seperti pelaburan, misalnya. Ia juga merujuk kepada pendapatan sebenar yang mengambil kira inflasi.



Bercakap kepada media berhubung pertumbuhan yang memberangsangkan itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ia mencerminkan profil pendidikan masyarakat Melayu yang bertambah baik.



"Pertumbuhan baik ini mencerminkan lebih ramai Melayu yang kini memegang pekerjaan dalam peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



"Kami juga gembira golongan ini diterima bekerja dalam sektor berkembang seperti informasi dan perhubungan, khidmat kewangan dan insurans serta khidmat profesional," ujarnya.



Meskipun bangga dengan pencapaian masyarakat Melayu sepanjang 10 tahun lalu, Encik Masagos bagaimanapun menekankan bahawa ini bukan batasannya.



"Kita akur masyarakat lain juga telah mencatatkan kemajuan sepanjang 10 tahun lalu dan ini menunjukkan bahawa peluang masih luas untuk masyarakat kita. Pencapaian yang diraih bukan siling bagi kita," katanya.



Semalam, DOS juga mendedahkan bahawa bilangan Melayu yang menyewa rumah meningkat 4 peratusan mata kepada 14 peratus pada 2020.



Jadi, bagi terus memperkasa keluarga yang tinggal di flat-flat sewa, Encik Masagos telah mengumumkan penubuhan program Projek Dian@M3 yang bertujuan menawarkan sokongan menyeluruh dengan menawarkan akses kepada program nasional dan masyarakat.



Ini akan merentasi aspek pendidikan, pekerjaan, kesihatan, sokongan sosial dan matlamat utamanya iaitu dalam pemilikan rumah sendiri.



Fasa pertama akan diperkenalkan di M3@Geylang Serai, M3@Bedok dan M3@Jalan Besar sebelum ia dilanjutkan kepada bandar-bandar M3 lain dengan bilangan tinggi keluarga yang tinggal di rumah sewa.



"Kami mahu semua warga mampu berdikari dan tidak bergantung pada orang lain. Justeru berbanding dengan program nasional yang ada, Projek Dian@M3 akan memberi tumpuan terhadap mendekati masyarakat, tingkatkan kesedaran dan meraih pekerjaan dalam sektor yang lebih baik," tambah beliau.



LAPORAN LANJUT: Projek bantuan harap dorong keluarga miliki rumah sendiri




"Masyarakat kita menunjukkan kemajuan dalam pendapatan isi rumah. Tetapi kita akan terus bekerja keras dan pemerintah akan terus menaik taraf pencapaian masyarakat Melayu kita. Dan kita akan terus bekerjasama dengan pemerintah bersama-sama masyarakat kita melalui rangkaian M3 dan badan-badan Melayu kita agar kita dapat terus meraih pencapaian yang dapat kita banggakan dan bangga menjadi masyarakat yang gemilang."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >