Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan keluarga meningkat pada 2018

Feb 13, 2019 | 04:47 PM



KELUARGA di sini menikmati pendapatan lebih banyak daripada pekerjaan tahun lalu.



Malah, pendapatan daripada pekerjaan sebenar bagi setiap anggota keluarga juga naik, lebih-lebih lagi bagi golongan 71 hingga 90 persentil yang menikmati kenaikan gaji sebenar sebanyak 4 peratus bagi setiap anggota keluarga.



Sementara itu, golongan keluarga 70 peratus terendah pula menikmati kenaikan antara 2.5 dengan 3.4 peratus bagi setiap anggota keluarga.



Golongan 10 peratus teratas pula menikmati kenaikan pendapatan sebenar 2.3 peratus bagi setiap anggota keluarga.



Demikian menurut Jabatan Statistik Singapura (DOS) yang membentangkan laporan Trend Pendapatan Keluarga Utama 2018 hari ini.



Menurut laporan itu juga, Koefisien Gini – yang mengukur jurang pendapatan – kekal stabil pada 0.458 tahun lalu, berbanding 0.459 pada 2017.



Koefisien Gini mengukur ketidaksamaan pendapatan daripada 0 hingga 1. Semakin rendah Koefisien Gini, semakin kecil jurang pendapatan.



Koefisien Gini tahun lalu yang merupakan antara terendah dalam sekitar sedekad sama dengan Koefisien Gini yang dicapai pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >