Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan niaga media SPH merosot 17% sembilan bulan pertama tahun ini

sph
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



PENDAPATAN operasi perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) Ltd terus merosot bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021 (FY2021).



Memberi perkembangan suku ketiga berakhir Mei 2021, kumpulan media itu, termasuk menerbitkan Berita Harian, antara lain, berkata pendapatan operasi media merosot 16.8 peratus kepada $286.7 juta pada sembilan bulan pertama tahun ini daripada tempoh sama tahun lalu.



Kemerosotan itu didahului pendapatan iklan cetakan akhbar yang mengecut 17.6 peratus kepada $134 juta - dengan sektor iklan tertentu yang terjejas oleh pandemik Covid-19 belum menunjukkan pemulihan.



Jumlah salinan yang diedar secara keseluruhan kekal mendatar bagi sembilan bulan pertama tahun ini, walaupun pengedaran digital meningkat 17.8 peratus bagi tempoh itu, berbanding tempoh sama tahun lalu. Perniagaan bukan media pula menunjukkan prestasi operasi semakin pulih dalam semua segmen sejak Februari lalu.



SPH berkata surat pekeliling sudah diberi kepada Bursa Singapura (SGX) untuk mendapatkan kelulusan. Kumpulan media itu juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (Sias) untuk berhubungan dengan pelabur runcit mengenai resolusi pemegang saham serta sebab di sebalik urus niaga.



SPH berkata penyusunan semula aset media dan operasi perlu sedang perniagaan media cetak terus merosot. Proses penyusunan semula aset media sedang dijalankan menjelang Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang dijangka sekitar Ogos hingga September, menurut SPH.



SPH bercadang memindahkan perniagaan medianya ke sebuah entiti tidak mencari untung baru. Di bawah penyusunan semula itu, kesemua perniagaan berkaitan media SPH, termasuk anak syarikat berkaitan dan pekerja, akan dipindahkan ke anak syarikat milik penuh syarikat itu, SPH Media Holdings Pte Ltd.



Menurut SPH, setelah mendapatkan kelulusan pemegang saham semasa EGM nanti, penyusunan semula akan bermula pada September dan dijangka selesai menjelang Disember.



SPH berkata pihak pengurusan telah melakukan usaha signifikan bagi mengurangkan kos sejak beberapa tahun sementara mengekalkan pelaburan teknologi maklumat untuk usaha pendigitalan. Namun, skop kian terhad bagi mengurangkan lagi kos tanpa menjejas mutu produk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >