PERANTAU Bawean datang ke Singapura sehelai sepinggang dari desa-desa di Pulau Bawean, lantaran itu mereka hanya mampu menyewa rumah kedai di kawasan pusat dan pinggir bandar.
Penghijrahan mereka, yang memuncak pada 1950-an, menyaksikan pendatang menumpang teduh di rumah kedai yang dijadikan pondok untuk mencuba nasib di sini hinggalah mereka mampu berdikari dan kemudian hidup tersebar di kampung-kampung di serata Singapura.