Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendatang dari Myanmar tidak dibenarkan masuk S'pura ekoran kes bertambah di sana

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



PENDATANG dari Myanmar tidak akan dibenarkan memasuki Singapura mulai hari ini kerana bilangan kes Covid-19 yang bertambah di sana, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Bermula 11.59 malam nanti, semua pemilik pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang berada di Myanmar - termasuk secara transit - dalam tempoh 21 lalu, tidak akan dibenar memasuki Singapura atau transit di sini.



"Ini juga dikenakan bagi mereka yang sebelum ini telah mendapatkan kebenaran untuk memasuki Singapura," kata MOH.



Semua pendatang yang pernah ke Myanmar baru-baru ini juga harus menjalani ujian pantas antigen (ART) setibanya di sini.



Pendatang yang pernah ke Myanmar baru-baru ini dan belum melengkapkan tempoh notis jangan keluar rumah (SHN) 14 hari sehingga 11.59 malam ini akan terus menjalani SHN di pusat khas dan menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) setibanya di sini, kata MOH.



ART yang dilaksanakan sendiri harus dilakukan pada hari ketiga, ketujuh dan ke-11 selepas mereka tiba di sini. Ujian PCR kedua pula harus dilakukan pada hari ke-14 setibanya di Singapura.



MOH berkata jawatankuasa bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 kerap menyemak sekatan di sempadan untuk menguruskan risiko mengimport Covid-19 dari luar negara.



MOH menambah, pihaknya akan terus menyesuaikan langkah-langkah di sempadan dengan keadaan global yang berubah.



Sebarang perubahan sedemikian akan diterbitkan di laman web SafeTravel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >