Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan baru kurangkan jumlah pekerja yang dikuarantin agar tidak jejas kerja: MOM

Sep 26, 2020 | 01:46 AM



SATU pendekatan baru bagi pelaksanaan kuarantin di dormitori pekerja asing akan diambil bagi mengurangkan bilangan penghuni yang perlu diasingkan lantas mengurangkan gangguan pada kerja di samping meningkatkan kebajikan pekerja.



Sebelum ini, keseluruhan penghuni blok dormitori perlu menjalani kuarantin selama 14 hari apabila salah seorang daripada mereka diuji positif Covid-19. 



Langkah ini bagaimanapun tidak melibatkan mereka yang baru sahaja pulih.



Kini, hanya kumpulan lebih kecil seperti mereka yang menetap di tingkat yang sama atau satu bahagian dormitori sahaja perlu menjalani kuarantin.



Demikian dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya pada Jumaat (25 September).



Ketetapan ini diperhatikan bagi dormitori yang menekankan tiada pergaulan sesama pekerja dengan langkah pengasingan dikuatkuasakan operator dormitori.



Ia juga dilaksanakan dalam keadaan undang-undang sekatan Covid-19 lain diamalkan.



MOM juga menambah, satu lagi kriteria yang dikemaskinikan  adalah pengecualian kuarantin buat mereka yang sudah pulih dan dalam lingkungan 150 hari jangkitan.



Sebelum ini, mereka yang telah melepasi 120 hari jangkitan perlu dikuarantin.



Kata MOM:

“Ini melihat pada bukti perubatan yang menunjukkan bahawa pekerja ini terus mempunyai antibodi bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti semula.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >