Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

Pendekatan berbilang bantuan penuhi keperluan pekerja bergaji rendah: Zaqy

Antara usaha bantu lebih ramai pekerja ialah Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang dipertingkat
Mar 06, 2019 | 05:30 AM



PENDEKATAN Singapura dalam menyediakan berbilang lapisan sokongan bagi pekerja bergaji rendah dan keluarga mereka dapat memenuhi keperluan individu yang berbeza-beza dengan lebih baik berbanding gaji minimum.



Malah, kos bagi salah satu skim sokongan utama yang ditawarkan - Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) - dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Bercakap dalam segmen bersama melibatkan pelbagai kementerian mengenai ketidaksamaan dan mobiliti semalam, Encik Zaqy menarik perhatian bahawa hasil daripada pendekatan itu, pendapatan pekerja bergaji rendah telah meningkat.



Di antara 2012 dengan 2017, gaji nyata bagi golongan pekerja 20 peratus paling bawah tumbuh 24 peratus - lebih tinggi berbanding 21 peratus yang diraih pekerja bergaji median, jelasnya.



Ini adalah bagi warga Singapura yang bekerja sepenuh masa termasuk sumbangan majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta sebelum bantuan pemerintah.



"Pertumbuhan gaji individu juga bermakna pendapatan keluarga meningkat.



"Bagi keluarga Singapura bergaji rendah, pendapatan tumbuh sebanyak 26 peratus secara kumulatif, lebih tinggi daripada 24 peratus bagi keluarga bergaji median.



"Apa yang signifikan juga, gaji meningkat sedang kadar pengambilan pekerja bagi penduduk berusia 25 tahun hingga 64 tahun kekal tinggi, pada sekitar 80 peratus," ujar Encik Zaqy.



Menyentuh tentang usaha menangani ketidaksamaan dan memastikan mobiliti sosial, Encik Zaqy berkata pemerintah perlu fokus kepada tiga strategi bagi mencapai hasil.



Pertama, pemerintah perlu kekalkan ekonomi yang cergas dengan pasaran buruh ketat dan mewujudkan pekerjaan lebih baik.



Kedua, menurut beliau, berusaha mencapai pertumbuhan bermutu berdasarkan peningkatan produktiviti yang boleh dinikmati semua warga Singapura.



"Ketiga, kami perlu menyokong pekerja bergaji rendah secara umum dan dalam sektor tertentu bagi memastikan mereka dapat maju bersama dengan tenaga kerja lain," terangnya.



Dalam hal ini, satu inisiatif sokongan penting adalah WIS, yang dipertingkatkan bagi menolong lebih ramai pekerja, kata Encik Zaqy.



Had gaji yang layak bagi WIS telah dinaikkan daripada $2,000 kepada $2,300 mulai Januari tahun depan manakala pembayaran tahunan maksimum dinaikkan sehingga sebanyak $400.



Seramai 830,000 rakyat menerima bayaran WIS bernilai $5.5 bilion, daripada 2007 hingga 2017.



Ini di samping sokongan pemerintah lain seperti subsidi perubatan dan rebat U Save.



"Pendekatan kita menyediakan sokongan berbilang lapisan adalah lebih responsif terhadap keperluan individu yang berbeza-beza daripada gaji minimum.



"Mentelah lagi, kos WIS ditanggung sepenuhnya pemerintah dengan tiada kos ditanggung oleh majikan dan pengguna," ujarnya.



Dalam pada itu, Encik Zaqy mendedahkan bahawa model gaji progresif (PWM) telah mendorong gaji pekerja dalam sektor keselamatan, landskap dan pembersihan.



PWM diwajibkan dalam ketiga-tiga sektor itu.



"Di antara 2012 dan 2017, penduduk yang bertugas sebagai pegawai keselamatan sepenuh masa, pekerja penyelenggaraan landskap dan pekerja pembersihan masing-masing menikmati kenaikan gaji 23 peratus, 36 peratus dan 44 peratus, berbanding 21 peratus pekerja bergaji median.



"Lebih 70,000 penduduk telah meraih manfaat sejauh ini," jelas Encik Zaqy.



Tambah beliau, PWM kini akan dilanjutkan kepada sektor penyelenggaraan lif yang mengalami isu gaji tidak berkembang ekoran amalan penyumberan luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >