SETELAH menjalani pembangunan semula yang terbaru, Grand Park City Hall kini bukan sahaja menampakkan perubahan dari segi fizikal, malah menikmati kelebihan dari segi digital.
Hotel yang terletak di Coleman Street itu dibuka semula pada awal tahun ini dengan wajah baru - dan dilengkapi aplikasi mudah alih baru yang membolehkan tetamu mendaftar masuk, masuk ke bilik dan menikmati penginapan mereka.