Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan khusus perlu bagi tangani penyakit diabetes

Panel diketuai Rahayu teliti sebab kesihatan orang Melayu terjejas
Apr 04, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH anggota masyarakat minoriti yang menghidap penyakit diabetes masih membimbangkan dan pendekatan lebih khusus perlu dilaksana bagi mengurangkan masalah itu, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Cik Rahayu Mahzam.



Menerajui sebuah kumpulan kerja baru yang dibentuk Kementerian Kesihatan (MOH) bagi mengukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu, Cik Rahayu berkata anggota pasukan ingin mengkaji sebab ia berlaku, termasuk unsur budaya yang mungkin mempengaruhi masalah tersebut.



Mengulas inisiatif itu ketika ditemui dalam acara 'Pasport Untuk Kesihatan di Our Tampines Hub semalam, Cik Rahayu berkata kumpulan kerja itu telah mengadakan pertemuan dan akan bekerjasama dengan masyarakat termasuk M Kuasa Tiga (M³), Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) serta Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal dan Cik Maryam Jaafar bagi menjana idea yang terbaik untuk menangani masalah itu.



Beliau menambah, mereka sedang mengumpul data dan merancang menganjurkan acara bagi mendekati masyarakat dalam Ramadan.



Cik Rahayu berkata terdapat perbezaan besar dalam hasil kesihatan etnik yang berbeza.



Tahun lalu, 14.4 peratus orang Melayu dan 14.2 peratus orang India mempunyai diabetes atau kencing manis, berbanding 8.2 peratus bagi orang Cina.



"Ia amat penting untuk benar-benar memahami masyarakat dengan lebih baik dan melakukan usaha yang menyasarkan dengan keperluan mereka,'' katanya.



Dalam acara itu, satu Pendidikan Khas dalam Program Kesedaran dan Kencing Manis (SEDAP) diperkenalkan Diabetes Singapore dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



SEDAP merupakan panduan bagi menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan dengan lebih sihat.



"Strategi berdasarkan etnik diperlukan dalam memerangi diabetes kerana terdapat perbezaan bagaimana penyakit itu menjejas golongan etnik berlainan,'' kata Encik Masagos, sambil menambah bahawa masyarakat boleh membuat perubahan kecil dalam gaya hidup dalam Ramadan yang diharap dapat memberi kesan besar dalam kesihatan.




Laporan lanjut : Tingkat kesedaran tentang risiko, kerumitan diabetes




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >