Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAPAT HARI KEBANGSAAN: PERKUKUH HUBUNGAN KAUM

Pendekatan lebih 'lembut' bagi kekalkan keharmonian kaum

Usul Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum diperkenal - menyatukan kesemua kuasa-kuasa pemerintah dalam menangani isu kaum di bawah satu akta
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengusulkan kewujudan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum dalam usaha mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di sini.



Serupa Akta Mengekalkan Keharmonian Agama yang ada sekarang, akta yang akan diwujudkan kelak akan juga menjurus kepada pendekatan lebih lembut agar pesalah lebih peka dan memahami konteks dan prinsip kehidupan di negara ini yang lebih menitikberatkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di sini.



Mengumumkannya semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, akta ini akan menyatukan kesemua kuasa-kuasa pemerintah dalam menangani isu kaum di bawah satu akta.



"Kita akan menamakannya sebagai Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum. Ia akan menyatukan semua kuasa-kuasa Pemerintah bagi menangani isu-isu kaum. Ia akan juga menyerap sentuhan lebih lembut.



"Sebagai contoh, kuasa untuk memerintahkan seseorang yang telah melakukan kesalahan untuk berhenti melakukannya, dan untuk membaiki dengan mempelajari lebih lanjut tentang satu-satu kaum itu dan memperbaiki hubungan dengan mereka," kata Encik Lee yang menerangkan pendekatan lebih lembut ini "akan membantu menyembuhkan kelukaan, dan bukannya menimbulkan rasa geram".



Singapura mempunyai Akta Mengekalkan Keharmonian Agama dan menerusi akta tersebut, kata perdana menteri, "kita tidak perlu untuk mengguna sebarang hukuman di bawah Akta ini" tetapi adanya undang-undang ini memberi kesan baik.



"Ia membantu dalam mengekang sikap tidak bertolak-ansur dan menggalak keharmonian agama," kata Encik Lee lagi.



Jelas beliau, huraian sebenar dalam menangani soal perkauman adalah perubahan sikap.



"Ini ambil masa dan usaha. Undang-undang boleh memainkan peranan. Undang-undang secara sendirinya tidak akan membuat seseorang serasi dengan seorang yang lain, atau suka orang lain.



"Tetapi undang-undang boleh memberi isyarat bagaimana masyarakat kita menimbangkan yang betul atau salah, dan mencuit seseorang untuk berkelakuan lebih baik," katanya.



Pada masa ini, Singapura mempunyai pelbagai undang-undang bagi menangani pelbagai kesalahan kaum yang serius, seperti jenayah membenci, atau menimbulkan permusuhan kaum.



Cuma, undang-undang ini 'bersepah' di pelbagai tempat, seperti di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Hasutan, dan ia tertumpu kepada jenayah dan hukuman, berbanding pujukan dan pemulihan.



Oleh itu, pelaksanaan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum akan menggalak kesederhanaan dan tolak ansur antara kumpulan kaum berbeza.



"Ia akan memberi isyarat penting akan keharmonian kaum di Singapura. Selain menolak sikap diskriminasi dan perkauman, kita juga perlu memastikan dasar kita terhadap kaum dan agama dikemaskini.



"Ini kerana keharmonian kaum dan agama bukan sahaja lembut, tetapi juga dinamik. Nilai dan kepercayaan kita sebagai satu masyarakat pada satu masa akan beralih," katanya dan menambah setiap generasi baru akan mempunyai tanggapan sendiri mengenai isu-isu kaum.



Menurut Encik Lee, sedang warga Singapura yang lebih tua berpengalaman mengharungi masa melepasi kemerdekaan Singapura dan menjadi lebih peka kerana menyedari perbincangan boleh menjadi pertikaian dan kemudiannya menimbulkan pergaduhan, warga muda di sini tidak melaluinya.



Lebih genting lagi, republik ini menghadapi keadaan dunia yang kini berubah.



Singapura, kata Encik Lee, begitu terdedah kepada perkembangan politik luaran - terkesan dengan gerakan Black Lives Matter (gerakan mendukung hak masyarakat kulit hitam) di Amerika Syarikat, atau keganasan antara Israel dan Palestin di Gaza.



"Keadaan dan konteks kita jauh berbeza, dan ia bukan suatu yang kita gaduhkan. Tetapi mereka memberi kesan ke atas orang kita. Kita juga dipengaruhi oleh trend agama di dunia luar.



"Ramai Kristian memikirkan diri mereka sebagai pengikut sedunia. Begitu juga Muslim merasakan diri mereka sebahagian daripada ummah sejagat.



"Jadi bila norma agama di mana-mana beralih, norma dan amalan di Singapura juga terkesan. Disebabkan itu, dari masa ke masa, kita mesti membuat penyesuaian ke atas dasar-dasar kita terhadap kaum dan agama," kata Encik Lee.




KEHARMONIAN KAUM HASIL KERJA KERAS, PENGORBANAN



Keharmonian kaum tidak berlaku secara spontan di Singapura.

Ia hasil kerja keras, pengorbanan dan kebijaksanaan. Perintis kita beriltizam untuk membentuk sebuah negara dari kalangan masyarakat berbilang kaum. Mereka membentuk kesaksamaan bagi masyarakat berbilang kaum dan menjadikan keharmonian prinsip utama dalam pembangunan negara.

Mereka tidak menekan identiti sesebuah kaum tetapi mereka mengiktiraf dan menerima mereka. Setiap orang di Singapura boleh mengamalkan kepercayaan mereka sendiri, pesta, agama dan budaya. Bahasa Inggeris bukan bahasa Cina menjadi bahasa perantaraan, agar tidak ada kaum melebihi kaum lain. Pada masa yang sama, kita memelihara bahasa ibunda. Kita mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dan kita terus menyanyikan Majulah Singapura dalam Bahasa Melayu dengan penuh semangat.



- Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menyentuh tentang soal kaum dan agama.




AKTA MENGEKALKAN KEHARMONIAN KAUM AKAN DIPERKENALKAN UNTUK MENGUMPULKAN SEMUA UNDANG-UNDANG YANG ADA BAGI MENANGANI KESALAHAN BERUNSUR PERKAUMAN



  • Buat masa ini, undang-undang yang ada diperuntuk menerusi akta lain seperti Kanun Jenayah dan Akta Hasutan.

  • Undang-undang tersebut memberi tumpuan kepada jenayah dan hukuman

  • Melebihi perkara ini, Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum akan memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan

  • Pesalah boleh diperintah perluas pengetahuan mengenai kaum lain dan memulih hubungan dengan kaum itu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >