Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan S'pura tangani kepalsuan di dalam talian berkesan, kata PM Lee

Apr 09, 2019 | 06:00 PM



 





PUTRAJAYA: Singapura, dalam menguruskan media, mengambil pendekatan yang berkesan bagi negara ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (9 April).



“Apa yang kita lakukan berkesan bagi Singapura, dan adalah matlamat kami untuk terus melaksanakan perkara yang berkesan bagi Singapura,” kata beliau.



“Saya rasa Akta Perlindungan dari Kepalsuan dalam Talian dan Manipulasi adalah langkah ke hadapan penting,  dari sudut ini,” tambah Encik Lee.



Pada Isnin (8 April), badan pemerhati media sedunia Reporters Without Borders telah mengecam Akta yang diusulkan itu, dan berkata pendekatan yang diambil pemerintah terhadap berita palsu ‘tidak sesuai keseluruhannya’.



Dalam ucapannya di sidang media bersama rakan sejawatan dari Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Encik Lee berkata Singapura bukan satu-satunya negara yang meneroka usulan untuk memperkenalkan undang-undang bagi menangani isu kepalsuan yang disebar di dalam talian.



“Masalah berita palsu, kenyataan palsu yang disengajakan dan disebar di dalam talian, ialah masalah serius yang dihadapi banyak negara lain,” kata Encik Lee, yang menambah bahawa Australia, Perancis dan Jerman juga telah meluluskan undang-undang untuk menangani isu itu.



Encik Lee berada di Malaysia untuk menghadiri Rahat Pemimpin yang berakhir hari ini.



Malaysia antara beberapa negara pertama yang memperkenalkan undang-undang cegah berita palsu, yang diluluskan kerajaan sebelum ini, yang dibentuk Barisan Nasional (BN).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >