Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PIAGAM WANITA

Pendekatan terapeutik, kaunseling anak dalam kes cerai langkah tepat

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH yang menumpukan pada kepentingan anak pasangan yang bercerai serta menganggap penting pendekatan terapeutik dan kaunseling merupakan langkah yang tepat untuk mengelak daripada perbalahan yang boleh lebih memecahbelahkan hubungan antara ibu bapa dengan anak.



Menyuarakan demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Pindaan), yang dikemukakan buat bacaan kedua sebelum ia diluluskan Parlimen semalam, beberapa Anggota Parlimen (AP) turut menyambut baik program yang akan diperkenal pemerintah bagi kanak-kanak pasangan yang bercerai serta memperluas golongan yang perlu menyertai program sokongan keluarga.



Malah menurut Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Shahira Abdullah, langkah itu membolehkan keluarga disokong dengan lebih baik sepanjang proses perceraian itu, dengan menumpukan pada kesihatan mental mereka, serta memastikan proses itu tidak begitu menjejas aspek lain kehidupan mereka.



Tambahnya, badan masyarakat dan agama juga mempunyai peranan untuk membantu dengan proses pengantaraan dan kaunseling kerana ajaran agama juga boleh dimanfaatkan untuk mencapai hasil yang terbaik bagi pasangan yang sesuai.



"Oleh itu, saya berharap sumber ini juga dapat dimanfaatkan untuk menawarkan sokongan kaunseling perkahwinan serta perceraian dan agar perubahan positif ini dapat turut dilanjutkan kepada perkahwinan orang Islam meskipun ia tidak ditadbir di bawah Piagam Wanita tetapi Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla)," ujarnya.



Walaupun pindaan rang undang-undang itu tidak menjejas proses perceraian pasangan Muslim di Mahkamah Syariah, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) berkata:



"Daripada pengalaman Mahkamah Syariah... ini adalah satu langkah yang baik untuk menjadikan program dan kaunseling yang berpaksikan kanak-kanak sebagai bahagian utama dan penting dalam proses keadilan keluarga kita."



Malah tambahnya, semasa proses perceraian orang Islam di Mahkamah Syariah, pasangan itu dikehendaki menghadiri Program Kaunseling Perkahwinan sebelum mereka boleh memfailkan permohonan cerai mereka.



Di samping itu, jika pihak yang mempunyai anak di bawah umur 21 tahun, mereka juga mesti melengkapkan Program Keibubapaan semasa Program Kaunseling Perkahwinan untuk membincangkan rancangan keibubapaan mereka dan rancangan penjagaan bersama selepas perceraian.



Dan jika pasangan itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak kecil yang berumur antara enam dengan 14 tahun, mereka digalak menghadiri program Children-in-Between bersama anak mereka.



Program itu memberi kaunseling dan sokongan kepada kanak-kanak yang ibu bapa mereka sedang melalui perceraian.



Meskipun akur pindaan kepada Piagam Wanita itu berada di landasan yang betul dan bertujuan membantu mereka yang terjejas, khususnya anak-anak, beberapa AP juga berharap lebih banyak usaha dapat dijalankan untuk meningkatkan bantuan dan sokongan.



Menarik perhatian, Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) turut meminta agar pemerintah dapat menjadikan program Children-In-Between sebagai mandatori.



"Saya ingin mengusul agar mahkamah harus mengarahkan semua anak pasangan ibu bapa yang bercerai menyertai program ini. Ibu bapa boleh mengemukakan rayuan untuk tidak sertainya.



"Kini, kurang 2 peratus kanak-kanak yang terjejas dengan perceraian mengikutinya. Dan kita harus menjalankan lebih banyak usaha untuk meningkatkan jumlah ini agar lebih dekat dengan 100 peratus," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >