PENDENGAR kian meluangkan lebih masa untuk mendengar stesen radio di bawah naungan Singapore Press Holdings (SPH), dan lebih ramai mendengarnya menerusi wadah digital, menurut perangkaan terkini daripada tinjauan Nielsen yang dikeluarkan semalam.
Tinjauan ke atas SPH Radio yang merangkumi stesen Inggeris, Kiss92 FM, ONE FM 91.3 dan MONEY FM 89.3, serta stesen Cina, UFM100.3 dan 96.3 Hao FM, menunjukkan bahawa pendengar mendengar stesen itu buat tempoh masa lebih lama.